mcmc
Laporan Aktiviti

TINY TECHIES : BENGKEL UNBOXING KIT TINY TECHIES IOT INOVASI – SEKOLAH MENENGAH

AKTIVITI

NADI Kampung Sungai Ragei telah mengadakan Tiny Techies : Bengkel Unboxing Kit Tiny Techies Iot Inovasi Pada 10 Ogos 2025, Ahad bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

TUJUAN

Objektif Bengkel Tiny Techies:  Bengkel Unboxing Kit Tiny Techies IoT Inovasi diadakan untuk memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai asas Internet of Things (IoT) melalui aktiviti membuka, mengenal pasti dan memahami fungsi komponen dalam kit Tiny Techies seperti sensor, modul kawalan, dan sambungan rangkaian. Peserta turut diberi peluang melakukan aktiviti praktikal dengan memasang kit serta menguji aplikasi asas IoT, sekali gus meningkatkan kefahaman tentang teknologi pintar, memupuk kreativiti, dan mendorong inovasi dalam penyelesaian masalah harian.