AKTIVITI
NADI Kampung Sungai Ragei telah mengadakan Tiny Techies : Bengkel Mahir HTML Pada 20 Ogos & 22 Ogos 2025, Rabu & Jumaat bermula pada jam 02.00 petang sehingga 03.00 petang.
TUJUAN
Objektif Bengkel Tiny Techies: Bengkel Mahir HTML memberi pendedahan asas kepada peserta tentang bahasa pengaturcaraan HTML sebagai asas membina laman web. Peserta diperkenalkan kepada struktur HTML, tag dan elemen penting seperti tajuk, perenggan, imej, pautan serta jadual. Melalui aktiviti praktikal, peserta berpeluang menulis kod sendiri dan menghasilkan laman web ringkas. Bengkel ini bertujuan meningkatkan kemahiran digital, memupuk minat dalam bidang teknologi serta menyediakan asas untuk pembelajaran web yang lebih mendalam.
