mcmc
Laporan Aktiviti

Program Pengurusan Laporan Setiausaha dan Kewangan

AKTIVITI

NADI Kampung Sungai Ragei telah mengadakan Program Pengurusan Laporan Setiausaha dan Kewangan yang dianjur bersama Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) : Program Pengurusan Laporan Setiausaha dan Kewangan pada 29 Jun 2025, Rabu bermula pada jam 08.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.

TUJUAN

Objektif Program: Program Pengurusan Laporan Setiausaha dan Kewangan telah diadakan bagi memperkasakan ahli Jawatankuasa Kampung dalam aspek pentadbiran dan pengurusan kewangan yang lebih sistematik. Peserta didedahkan kepada kaedah penyediaan laporan mesyuarat, dokumentasi surat menyurat rasmi, serta pengurusan rekod kewangan kampung secara telus dan teratur. Program ini membantu meningkatkan kecekapan setiausaha dan bendahari dalam melaksanakan tugas, sekaligus memperkukuh tadbir urus kampung secara menyeluruh. Akhir sekali, memberi pendedahan berkaitan perkhidmatan pintar yang disediakan dan perkhidmatan lain yang ditawarkan di NADI.