AKTIVITI
NADI Kampung Sungai Ragei telah mengadakan Program NADI Bersama Amanah Ikhtiar Cawangan Mukah (AIM): Program belajar membuat poster Bersama NADI pada 11 Jun 2025, Rabu bermula pada jam 08.30 pagi sehingga 12.00 tengahari.
TUJUAN
Objektif Program: Memberi pendedahan kepada peserta AIM mengenai teknik asas penghasilan poster produk yang menarik. Selain itu, meningkatkan kemahiran peserta dalam mengambil gambar produk jualan dengan teknik yang betul. Seterusnya memberi latih peserta menggunakan aplikasi Canva untuk menghasilkan bahan pemasaran digital. Memperkenalkan penggunaan teknologi AI seperti ChatGPT untuk menghasilkan teks pemasaran (copywriting) yang berkesan. Program ini juga dijalankan bagi meningkatkan kesedaran peserta terhadap kepentingan kesihatan akhir sekali taklimat ringkas berkaitan dengan pendaftaran MyDigital ID dan keperluan mendaftarkan menggunakan MyDigital ID kepada pengguna.