NADI DILEA : OPEN LIVE CLASS MATEMATIK

Laporan Aktiviti | 15 July 2025

AKTIVITI

NADI Kampung Sungai Ragei telah mengadakan NADI x DiLEA: Open Live Class Matematik pada 15 Julai 2025, Selasa bermula pada jam 03.30 petang sehingga 04.30 petang.

TUJUAN

Program ini dilaksanakan sebagai inisiatif memperluas akses pendidikan digital kepada pelajar sekolah menengah, khususnya pelajar Tingkatan 4 dan 5. Sesi ini bertujuan memberikan sokongan tambahan kepada pelajar dalam subjek Matematik melalui pendekatan pembelajaran secara langsung dalam talian. Sekaligus memberi akses pembelajaran berkualiti, meningkatkan kefahaman subjek Matematik dan menggalakkan pembelajaran digital secara interaktif.