AKTIVITI
NADI Kampung Sungai Ragei telah mengadakan NADI x DilEA: Open Live Class Bahasa Inggeris pada 01 Julai 2025, Selasa bermula pada jam 03.30 petang sehingga 04.30 petang.
TUJUAN
Program ini dilaksanakan sebagai inisiatif memperluas akses pendidikan digital kepada pelajar sekolah menengah, khususnya pelajar Tingkatan 4 dan 5. Sesi ini bertujuan memberikan sokongan tambahan kepada pelajar dalam subjek Bahasa Inggeris melalui pendekatan pembelajaran secara langsung dalam talian. Sekaligus memberi akses pembelajaran berkualiti, meningkatkan kefahaman subjek Bahasa Inggeris, dan menggalakkan pembelajaran digital secara interaktif.
