mcmc
Maklumat Komuniti

Maklumat Setempat

Pusat Internet 1 Malaysia

Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksankan oleh Telekom Malaysia Berhad ™ di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar Bandar.

 

VISI DAN MISI

Visi

  • Menjadi Pusat Ilmu dan Sumber Maklumat Bagi Mewujudkan Komuniti Yang Berpengetahuan, Berkualiti serta Berdaya Saing.

Misi

  • Menyediakan kemudahan capaian internet dan informasi kepada komuniti.
  • Mewujudkan pengajaran dan latihan berkaitan teknologi komputer dan internet.
  • Melaksanakan program-program yang dapat membantu pembangunan ekonomi dan sosial di kalangan komuniti.
  • Berperanan sebagai Pusat Pelbagai Perkhidmatan di kawasan luar Bandar.