mcmc
Maklumat Pi1M

Maklumat Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksankan oleh Telekom Malaysia Berhad ™ di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar Bandar.

 

VISI DAN MISI

Visi

  • Menjadi Pusat Ilmu dan Sumber Maklumat Bagi Mewujudkan Komuniti Yang Berpengetahuan, Berkualiti serta Berdaya Saing.

 

Misi

  • Menyediakan kemudahan capaian internet dan informasi kepada komuniti.
  • Mewujudkan pengajaran dan latihan berkaitan teknologi komputer dan internet.
  • Melaksanakan program-program yang dapat membantu pembangunan ekonomi dan sosial di kalangan komuniti.
  • Berperanan sebagai Pusat Pelbagai Perkhidmatan di kawasan luar Bandar.