Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI SEPTEMBER 2024

LATIHAN KEUSAHAWANAN: MICROSOFT EXCEL 2021 (AKAUN)

Tarikh : 1 September 2024
Masa : 3.00 petang – 5.00 petang
Lokasi : NADI Sg Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Pendedahan kepada asas sistem perakaunan menggunakan Microsoft Excel.

2. Meningkatkan kebolehpasaran peserta dan membuka lebih banyak peluang kerjaya kepada peserta.

3. Memperkasa peranan NADI sebagai pusat latihan dan kemahiran keusahawanan yang berkualiti kepada komuniti.

4. Mempromosi kesedaran keselamatan internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak.

   
Aktiviti 

Petugas NADI menerangkan kepada peserta berkaitan dengan asas-asas perakaunan dan fungsi Microsoft Excel dalam kegunaan menganalisis data lalu memberi latihan kepada peserta untuk belajar membuat sistem akaun menggunakan Microsoft Excel. Selain itu, petugas juga memberi taklimat ringkas berkaitan kesedaran awam berkaitan keselamatan dalam talian.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan kebolehpasaran peserta dan membuka lebih banyak peluang kerjaya.

  • Memperkasa fungsi NADI sebagai pusat yang menyediakan pelbagai pekhidmatan seperti ilmu yang berkaitan dan ICT dan keusahawanan kapada komuniti.

  • Meningkatkan kesedaran berkaitan dengan langkah-langkah keselamatan untuk melindungi maklumat peribadi.

Gambar Disini


KELAS LITERASI ICT : MICROSOFT PUBLISHER SESI SEPTEMBER 2024

Tarikh : 2 September 2024 & 3 September 2024
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Lokasi : NADI Sg Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Pengenalan kepada asas Microsoft Publisher.

2. Merapatkan jurang penguasaan ICT dan teknologi komuniti di kawasan luar bandar dan bandar.

3. Meningkatkan kebolehpasaran peserta dan membuka lebih banyak peluang kerjaya.

4. Memperkasas peranan NADI sebagai pusat yang membantu komuniti untuk mendapat maklumat yang diperlukan, latihan, dan kemahiran serta perkhidmatan lain yang diperlukan.

5. Mempromosi keselamatan dalam talian melalui Klik Dengna Bijak.

   
Aktiviti 

Petugas memperkenalkan peserta kepada asas-asas dan fungsi Microsoft Publisher lalu memberi latihan secara praktikal kepada peserta  untuk belajar membuat bisnes kad, label nama, kad ucapan & kalender serta sijil. Sedikit taklimat ringkas berkaitan dengan keselamatan dalam talian.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft Publisher.

  • Meningktakan kemahiran dalam mengendalikan komputer dan kemahiran asas ICT kepada peserta.

  • Meningkatkan kesedaran peserta mengenai keselamatan penggunaan teknologi dengan lebih berkesan dan bertanggungjawab.

  • Mempromosi perkhidmatan yang disediakan di NADI kepada komuniti setempat.

Gambar Disini


SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN: UJIAN KEMASUKAN PERGURUAN

Tarikh : 6 September 2024
Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi & 3.00 petang – 4.00 petang
Lokasi : NADI Sg Ragei
Peserta   : 2 orang peserta
Tujuan 

1. NADI dijadikan sebagai salah satu tempat untuk golongan belia mencari peluang pekerjaan seperti tempat untuk menjalani peperiksaan SPP, SPA, E- recruitment & mengisi maklumat dalam jawatan kosong yang diiklankan.

2. Memperkasa peranan dan perkhidmatan yang disediakan di NADI seperti kemudahan komputer dan internet kepada komuniti.

3. Mempromosi keselamatan dalam talian melalui Klik Dengan Bijak.

   
Aktiviti 

NADI menyediakan tempat dan kemudahan komputer kepada pengguna untuk menjalanka peperiksaan serta kemudahan internet yang stabil. Sedikit taklimat ringkas berkaitan dengan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika melayari internet oleh petugas NADI.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran teknologi dan kemahiran mengendalikan komputer peserta.

  • Memberi galakkan kepada komuniti untuk mengambil peluang menggunakan perkhidmatan yang disediakan di NADI.

  • Meningkatkan lagi tahap kesedaran keselamatan siber dalam kalangan masyarakat.

Gambar Disini


KELAS LITERASI ICT: ADOBE READER

Tarikh : 7 September 2024
Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi
Lokasi : NADI Sg Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan Adobe Reader PDF.

2. Meningkatkan kebolehpasaran peserta dan membuka lebih banyak peluang kerjaya kepada peserta.

3. Memperkasas peranan NADI sebagai pusat untuk menyampaikan maklumat yang relevan dan bermanfaat kepada komuniti.

4. Mempromosi keselamatan dalam talian melalui Klik Dengan Bijak.

   
Aktiviti 

Memperkenalkan fungsi-fungsi dan cara untuk menggunakan adobe reader dan memberi latihan praktikal kepada peserta cara untuk mengisi  maklumat & signature di dalam adobe reader PDF. Selain itu, petugas memberi taklimat ringkas berkaitan dengan etika dalam penggunaan internet yang betul.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran ICT dan mengendalikan komputer peserta.

  • Menggalakkan amalan penggunaan internet yang bijak dan selamat.

  • Mempromosi peranan NADI sebagai pusat penyampaian maklumat terkini dan ilmu pengetahuan kapada komuniti.

Gambar Disini


STEM : MEREKACIPTA KARAKTER 3D

Tarikh : 7 September 2024 
Masa : 2.00 petang – 4.00 petang
Lokasi : NADI Sg Ragei
Peserta   : 2 orang peserta
Tujuan 

1. Pendidikan STEM mengajarkan pelajar bagaimana untuk berfikir secara kritikal dan menyelesaikan masalah dengan pendekatan yang sistematik.

2. Membantu membentuk kemahiran teknikal sekaligus merangsang daya kreatif dan inovasi peserta dalam bidang STEM.

3. Memperkasa peranan NADI sebagai pusat latihan ICT terbaik kepada komuniti setempat.

4. Mempromosi kesedaran keselamatan dalam talian “Klik Dengan Bijak”.

   
Aktiviti 

Pengurus memberi penerangan berkaitan dengan pendidikan STEM iaitu merekacipta karakter 3D. Peserta diberi bimbingan cara untuk merekacipta karakter 3D dan menghasilkan server sendiri dengan menggunakan aplikasi roblox lalu memberi taklimat ringkas berkaitan dengan keselamatan dalam talian.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Menyumbang kepada mempersiapkan diri golongan belia kepada kemajuan teknologi.

  • Merangsang daya kreatif dan inovasi pelajar dalam bidang STEM.

  • Meningkatkan kesedaran peserta mengenai ancaman keselamatan siber dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika melayari internet.

Gambar Disini


LATIHAN KEUSAHAWANAN: PENDAFTARAN PEROLEHAN PROGRAM SejaTi MADANI

Tarikh : 11 September 2024
Masa : 2.00 petang – 4.00 petang
Lokasi : NADI Sg Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Penerangan berkaitan dengan program SejaTi Madani dan inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu mengatasi beban kewangan komuniti yang berpendapatan rendah.

2. Memperkasas peranan NADI sebagai pusat untuk menyampaikan maklumat yang relevan dan bermanfaat kepada komuniti.

3. Mempromosi keselamatan dalam talian melalui Klik Dengan Bijak.

   
Aktiviti 

Petugas NADI memberi penerangan ringkas cara untuk membuat pendaftaran perolahan program sejati madani lalu memberi bimbingan cara untuk membuat kertas kerja untuk membuat permohonan bagi program SejaTi MADANI. Selain itu, petugas juga memberi taklimat ringkas berkaitan dengan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika melayari internet.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran teknologi dan kemahiran mengendalikan komputer peserta.

  • Menggalakkan komuniti untuk melibatkan diri dalam aktitviti yang dianjurkan di NADI.

  • Meningkatkan lagi tahap kesedaran keselamatan siber dalam kalangan masyarakat.

Gambar Disini


PROGRAM JIWA KOMUNITI MADANI @MERDEKA

Tarikh : 12 September 2024
Masa : 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Lokasi : NADI Sg Ragei
Peserta   : 25 orang peserta
Tujuan 

1. Memperkenalkan NADI dan peranan NADI kepada komuniti,agensi dan pelajar.

2. Memperkenalkan 5 perkhidmatan pintar yang disediakan kepada komuniti,agensi dan pelajar.

3. Memberikan kesedaran berkenaan dengan vandalisme & keselamatan dalam dalam talian kepada peserta.

4. Pengenalan kepada fungsi dan kelebihan menggunakan aplikasi Canva.

5. Membantu mempromosi produk usahawan tempatan melalui mengiklankan sample produk jual yang terdapat di dalam NADI.

6. Meningkatkan kemahiran dalam mengendalikan komputer dan pengtahuan asas ICT peserta.

7. Menyemarak semangat cinta akan negara sempenan hari kebangsaan terutama kepada generasi baru.

8. Meningkatkan kerjasama antara NADI dan Jabatan Penerangan bahagian Mukah, Sarawak Skills & Pusat Komuniti Desa.

9. Pertandingan mencipta Poster paling menarik sempena Hari Kebangsaan.

   
Aktiviti 

Antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti berikut :

  • Taklimat berkaitan latar belakang NADI – Kenali NADI (revolusi penjenamaan nama NADI, obkejtif dan kumpulan sasaran utama penubuhan NADI, jumlah NADI di seluruh Malaysia, fungsi NADI dan perkhidmatan yang disediakan di NADI.
  • Memperkenalkan 5 perkhidmatan pintar yang disediakan di NADI – keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, kesedaran & inisiatif Kerajaan.Taklimat Klik Dengan Bijak – vandalisme & keselamat dalam talian.
  • Pengenalan aplikasi canva & fungsi-fungsi canva.
  • Sesi Soal & Jawab.
  • Sesi perkongsian bersama peserta.
  • Aktiviti pertandingan membuat poster hari kebangsaan menggunakan aplikasi canva.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Mempromosikan fungsi dan peranan yang disediakan di NADI kepada komuniti.

  • Memperkenalkan 5 perkhidmatan pintar yang disediakan di NADI seperti keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, kesedaran & inisiatif Kerajaan.

  • Memberikan kesedaran berkenaan pentingan peranan setiap individu dalam membanteras masalah vandalisme dan keselamatan dalam talian.

  • Membantu mempromosi produk usahawan tempatan melalui mengiklankan sample produk jual yang terdapat di dalam NADI.

  • Membantu meningkatkan kemahiran ICT dan kemahiran mengendalikan komputer terutama bagi golongan dewasa yang terlibat.

  • Menyemai perasaan cinta & sayang akan negara sempenan sambutan hari kebangsaan kepada genarasi muda khususnya.

  • Mengukuhkan lagi jalinan kerjasama yang baik antara NADI, Jabatan Penerangan, Sarawak Skills, Pusat Komuniti Desa & Komuniti MADANI.

Gambar Disini


 PERTANDINGAN PERSAHABATAN E-SUKAN: MOBILE LEGENDS BANG BANG

Tarikh : 20 September 2024
Masa : 2.30 petang – 3.30 petang
Lokasi : NADI Sg Ragei
Peserta   : 6 orang peserta
Tujuan 

1. Perlawanan persahabatan Mobile Legends Bang Bang untuk golongan belia yang berumur dibawah 18 tahun.

2. Memperkasa peranan NADI sebagai pusat yang menyediakan pelbagai program dan event bagi meningkatkan penglibatan komuniti.

3. Mempromosi kesedaran keselamatan dalam talian melalui taklimat Klik Dengan Bijak.

   
Aktiviti 

Memberi taklimat ringkas berkaitan dengan peraturan sepanjang perlawanan berjalan. Perlawanan ini bertujuan untuk dijadikan salah satu latihan sebelum pelawanan sebenar berlangsung. Taklimat ringkas berkaitan dengan kesedaran Klik dengan Bijak kepada peserta.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Mendorong belia untuk menguasai teknologi dan alat digital yang penting dalam dunia moden.

  • Memberi pendedahan kepada golongan belia untuk tidak menyalahgunakan teknologi terutama permainan telephone terutama mobile legends bang bang bukan sahaja untuk mengisi masa lapang tetapi boleh dijadikan profesion sebagai permain profesional mewakili negara.

  • Menggalakan golongan belia untuk terlibat dengan program dan aktiviti yang dijalankan di NADI.

  • Memberi kesedaran berkaitan dengan keselamatan dalam talian.

Gambar Disini


 PERTANDINGAN MEWARNA LOGO KEBANGSAAN

Tarikh : 16 September 2024
Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi
Lokasi : Dewan Kampung Tutus Hilir
Peserta   : 25 orang peserta
Tujuan 

1. Pertandingan mewarna semperna hari kebangsaan.

2. Menyemarak semangat cinta akan negara kepada genarasi muda dan tua.

3. Meningkatkan kerjasama antara NADI dengan JKKK kampung tutus Hilir dan komuniti.

4. Mempromosi kesedaran keselamatan dalam talian “Klik Dengan Bijak”.

   
Aktiviti 

Petugas memberi penerangan ringkas berkaitan dengan pertandingan yang akan dijalankan. Pertandingan mewarna ini dibahagi kepada dua kumpulan iaitu kanak-kanak dan dewasa. Pemenang akan dipilih berdasarkan kekemasan dan mengikut tema logo hari kebangsaan. Petugas juga memberi taklimat ringkas berkaitan dengan keselamatan dalam talian.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Membantu membentuk semangat cinta akan negara melalui pertandingan mewarna sempena hari kebangsaan.

  • Meningkatkan hubungan kerjasama antara NADI Sungai Ragei dan JKKK Kampung Tutus Hilir.

  • Meningkatkan kesedaran peserta mengenai ancaman keselamatan siber dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika melayari internet.

Gambar Disini


KELAS LITERASI ICT: MENAIP SURAT RASMI

Tarikh : 27 September 2024
Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi
Lokasi : NADI Sg Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Pengenalan kepada asas kegunaan dan fungsi Microsoft Word.

2. Meningkatkan kemahiran ICT dan mengendalikan komputer peserta.

3. Memperkasakan peranan NADI sebagai pusat latihan dan kemahiran terbaik setempat.

4. Memberikan panduan praktikal untuk mengelakkan risiko keselamatan dalam talian melalui taklimat ringkas Klik Dengan Bijak.

   
Aktiviti 

Petugas memberi pendedahan kepada peserta mengenai fungsi-fungsi asas Microsoft Word lalu memberi latihan kepada peserta untuk pembuatan surat rasmi menggunakan Microsoft Word. Selain itu, petugas juga memberi taklimat ringkas berkaitan dengan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika melayari internet.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran teknologi dan kemahiran mengendalikan komputer peserta.

  • Meningkatkan pengetahuan asas ICT yang sangat berguna dalam era digital.

  • Membantu peserta memahami kepentingan keselamatan siber dan cara melindungi maklumat peribadi.

Gambar Disini