mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI SEPTEMBER 2021

Meeting-MDMD-Sept-2021

MESYUARAT BULANAN KLUSTER MUKAH BIL.9/2021

Tarikh : 8 September 2021
Masa : 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari
Lokasi : Secara Atas Talian (Google Meet)
Peserta   : 9 orang Petugas PiK
Tujuan 

1. Membincangkan perkara-perkara berbangkit Kluster Mukah.

2. Membincangkan cadangan-cadangan penambahbaikan halaman Menarik di Mukah dan Dalat (Facebook).

3. Membincangkan cadangan mempromosikan page Menarik di Mukah dan Dalat dan konten-konten menarik.

4. Menyelaras tugasan semasa arahan Bekerja Dari Rumah (WFH).

   
Aktiviti 

Mesyuarat ini berlangsung di PiK Masing-masing dan dilakukan secara  online menggunakan Google Meet. Antara kandungan mesyuarat ini adalah seperti berikut taklimat statistik Page menarik di Mukah dan Dalat. Ketua Kluster telah menyelaraskan tugasan setiap ahli dan menyusun jadual promosi baju Menarik di Mukah dan Dalat.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Mewujudkan kerjasama antara Pusat Internet (PIK) dalam Kluster Mukah bagi menaikkan nama PIK dan Kluster.

  • Mengenalpasti cadangan-cadangan bernas untuk memperkasakan platform media sosial Facebook Menarik di Mukah dan Dalat.

  • Memperkenalkan PIK kepada orang luar dan mampu menarik peserta untuk menggunakan kemudahan di Pusat Internet.

 


BENGKEL SELANGKAH KE ALAM PEKERJAAN

Tarikh : 10 – 30 Septermber 2021
Masa : 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari & 2.30 petang sehingga 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Komuniti Sungai Ragei
Peserta   : 5 orang peserta wanita
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT peserta khasnya wanita atau suri rumah.

2. Meningkatkan kebolehpasaran wanita dalam pasaran kerja.

3. Memperkasakan peranan Pusat Internet kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik.

   
Aktiviti 

Antara modul yang diplajari daripada petugas PiK Sg Ragei iaitu Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Power Point & Microsoft Publisher. Selain itu, sebelum peserta masuk kelas bengkel tersebut, peserta perlu mendaftar diri lalu petugas membeli taklimat berkaitan Taklimat Mobile e-Waste, Check Your Label & KDB Advokasi – Truth Campaign.

Kebaikan bengkel tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT peserta seterusnya menyediakan mereka peluang untuk mempunyai daya saing dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan Pusat Internet dalam kalangan komuniti setempat.

Gambar Disini


KELAS BIMBINGAN USAHAWAN

Tarikh : 12 September 2021
Masa : 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari
Lokasi : Pusat Internet Komuniti Sungai Ragei
Peserta   : 1 orang usahawan
Tujuan 

1. Membantu peserta  meningkatkan kemahiran komputer dan ICT.

2. Membimbing peserta menggunakan kemudahan komputer untuk mengembangkan perniagaan.

3. Memperkenalkan perkhidmatan Pusat Internet Komuniti kepada komuniti.

   
Aktiviti 

Peserta dan petugas iaitu En Marcos membuat design dengan menggunakan Publisher dan Canva untuk menghasilkan template menu masakan yang sesuai dan menarik. Petugas membantu peserta mereka bentuk grafik dan menyusun gambar menu yang ada dijual di kedai peserta. Selain itu, Taklimat ringkas mengenai Pertandingan Usahawan Digital 2021 anjuran unit A&P MSD kepada beliau. Aktiviti lain iaitu memuatnaik gambar-gambar menu yang telah diambil dan petugas mengedarkan brosur-brosur berkaitan advokasi Klik Dengan Bijak (KDB).

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Membantu peserta menyediakan template untuk menyenaraikan menu kedai.

  • Mewujudkan kerjasama erat Pusat Internet dengan pihak komuniti.

  • Menggalakkan peserta menyertai kelas bimbingan untuk berniaga menggunakan platform atas talian seperti Food Panda dan Yezza.

Gambar Disini


PROGRAM LAWATAN CENTEXS MUKAH

Tarikh : 19 Septermber 2021
Masa : 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari & 
Lokasi : Pusat Internet Komuniti Sungai Ragei
Peserta   : 10 orang peserta
Tujuan 

1. Menjalin kerjasama strategik agensi yang berkaitan untuk merancang dan membangunkan agenda digital komuniti.

2. Menyelaraskan peranan dan dan tanggungjawab bersama dalam membuat program-program berteraskan ICT.

3. Mempromosikan perkhidmatan PiK kepada komuniti dengan mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan.

   
Aktiviti 

Dr.Dayang Hanani bt Abang Ibrahim selaku Head of Campus, CENTEXS Mukah iaitu Timbalan Pengarah Akademi Digital memberi taklimat berkenaan Program akademik yang ada di CENTEXS Mukah. Selain itu, peserta boleh mengisi Borang Permohonan Online Kemasukan Kampus CENTEXS Mukah dengan bantuan para pengajar yang ada di CENTEXS Mukah secara online terus dengan menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Internet Komuniti Sungai Ragei. Manakala, petugas PiK, En Marcos memberi sedikit taklimat pendaftaran ahli baharu dan Advokasi Klik dengan Bijak.

Kebaikan bengkel tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT peserta seterusnya menyediakan mereka peluang untuk mempunyai daya saing dalam akademik dan kemahiran untuk pasaran pekerjaan yang semakin mencabar.

  • Membantu peserta dalam memohon permohonan kemasukan ke universiti atau kolej kemahiran yang ada di Malaysia.Meningkatkan penggunaan Pusat Internet dalam kalangan komuniti setempat.

  • Meningkatkan silaturahim PiK bersama komuniti dan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan serta swasta.

Gambar Disini


KELAS E-TUISYEN SEPTEMBER 2021

Tarikh : Setiap hujung minggu pada bulan Septermber 2021
Masa : 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi & 2.00 petang sehingga 3.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Komuniti Sungai Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT peserta khasnya sekolah rendah dan sekolah menengah.

2. Meningkatkan ilmu pengetahuan mengikut Modul yang ada di sekolah.

3. Memperkasakan peranan Pusat Internet kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik dan perkhidmatan internet terbaik.

   
Aktiviti 

E-Tuisyen PiK ini diadakan sepanjang hujung minggu pertama sehingga hujung minggu keempat dalam masa sejam sahaja bagi subjek-subjek tertentu. Peserta boleh datang ke Pusat Internet Komuniti untuk menggunakan perkhidmatan komputer dan internet bagi mengikuti tuisyen online ini.

Kebaikan kelas tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT peserta seterusnya menyediakan mereka peluang untuk mempunyai daya saing dalam meningkatkan ilmu pengetahuan yang sedia ada.

  • Meningkatkan penggunaan Pusat Internet dalam kalangan komuniti setempat.

Gambar Disini