mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OKTOBER 2023

BENGKEL PEMANTAPAN ICT BERSAMA SARAWAK SKILLS MUKAH

Tarikh : 6 Oktober 2023
Masa : 2.30 petang – 4.30 petang
Lokasi : PEDi Sg Ragei
Peserta   : 6 orang peserta
Tujuan 

1. Memberikan latihan ICT kepada pelajar Sarawak Skills.

2. Memantapkan penguasaan dalam bidang ICT seperti kemahiran menaip,tatacara menghantar email serta menyesuaikan penggunaan pelbagai jenis aplikasi dalam bidang pekerjaan yang akan datang.

3. Memperkasakan keupayaan pelajar dalam pelbagai bidang dan kemahiran.

4. Komunikasi selari dengan dunia informasi yang berkembang pesat.

Aktiviti 

Program ini dibuka kepada peserta yang dijemput oleh PEDi Sg Ragei iaitu tergolong daripada pelajar Jurusan Sistem Komputer Sesi 2022 yang seramai 13 orang sahaja. Peserta belajar menaip format surat rasmi, format notis mesyuarat & format minit mesyuarat. Kelas akan datang juga akan membuat menaip format laporan aktiviti untuk ilmu pengetahuan para peserta. 

Kebaikan bengkel tersebut ialah :

  • Memberi pendedahan awal kepada peserta berkenaan dengan tatacara penulisan laporan, kertas kerja dan sebagainya.

  • Memantapkan kemahiran menaip para peserta dengan menggunakan perisian Microsoft Word.

  • Melatih peserta untuk menggunakan aplikasi bersesuaian selari dengan persediaan ke arah alam pekerjaan kelak.

Gambar Disini

KELAS PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN SECARA DIGITAL

Tarikh : 13 Oktober 2023
Masa : 2.30 petang – 4.30 petang
Lokasi : PEDi Sg Ragei
Peserta   : 10 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT para peserta.

2. Meningkatkan kebolehpasaran belia dalam pasaran kerja.

3. Menggalakkan usahawan menggunakan platform secara atas talian (online)untuk membuat jualan produk.

4. Memperkasakan peranan PEDi kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik setempat.

Aktiviti 

Program ini dibuka kepada peserta yang dijemput oleh PEDi Sg Ragei iaitu tergolong daripada pelajar Jurusan Rekabentuk Fesyen yang seramai 10 orang sahaja. Peserta didedahkan kepada modul E-Dagang atau dikenali sebagai Keusahawanan Secara Digital iaitu aplikasi Shopee. Tenaga Pengajar adalah Rakan Digital dari PEDi Balingian iaitu Encik Halleyusafri Bin Koeswari. Di samping itu, petugas PEDi juga membuat sedikit taklimat berkenaan Advokasi Klik Dengan Bijak kepada peserta.

Kebaikan kelas tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT peserta seterusnya menyediakan mereka peluang untuk mempunyai daya saing dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan PEDi dalam kalangan komuniti setempat setelah fasa pandemic COVID-19.

Gambar Disini

KELAS KEUSAHAWANAN (LOGO & POSTER PRODUK)

Tarikh : 20 Oktober 2023
Masa : 2.30 petang – 4.30 petang
Lokasi : PEDi Sg Ragei
Peserta   : 10 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT para peserta.

2. Meningkatkan kebolehpasaran belia dalam pasaran kerja.

3. Menggalakkan usahawan menggunakan platform secara atas talian (online)untuk membuat jualan produk.

4. Memperkasakan peranan PEDi kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik setempat.

Aktiviti 

Kelas Keusahawanan ini tergolong daripada pelajar Jurusan Rekabentuk Fesyen yang seramai 10 orang sahaja. Peserta didedahkan kepada kelas Keusahawanan Secara Digital iaitu laman web canva.com Tenaga Pengajar adalah Rakan Digital dari PEDi Balingian iaitu Encik Halleyusafri Bin Koeswari. Peserta belajar rekabentuk logo & poster produk untuk jenama sendiri dan dipaparkan di Shopee. Di samping itu, petugas PEDi juga membuat sedikit taklimat berkenaan Advokasi Klik Dengan Bijak kepada peserta.

Kebaikan kelas tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT peserta seterusnya menyediakan mereka peluang untuk mempunyai daya saing dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan PEDi dalam kalangan komuniti setempat setelah fasa pandemic COVID-19.

Gambar Disini

KELAS ASAS FOTOGRAFI

Tarikh : 27 Oktober 2023
Masa : 2.30 petang – 4.30 petang
Lokasi : PEDi Sg Ragei
Peserta   : 10 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT para peserta.

2. Meningkatkan kebolehpasaran belia dalam pasaran kerja.

3. Menggalakkan usahawan menggunakan platform secara atas talian (online)untuk membuat jualan produk.

4. Memperkasakan peranan PEDi kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik setempat.

Aktiviti 

Program ini dibuka kepada peserta yang dijemput oleh PEDi Sg Ragei iaitu tergolong daripada pelajar Jurusan Rekabentuk Fesyen yang seramai 10 orang sahaja. Peserta didedahkan kepada modul Asas Fotografi dan membuat praktikal terus di sekitar PEDi Sg Ragei. Tenaga Pengajar adalah Rakan Digital dari PEDi Balingian iaitu Encik Halleyusafri Bin Koeswari. Di samping itu, petugas PEDi juga membuat sedikit taklimat berkenaan Advokasi Klik Dengan Bijak kepada peserta dengan tatacara memuatnaik gambar fotografi yang bermanfaat di dalam alam siber iaitu media sosial & platform E-Dagang.