PERTANDINGAN USAHAWAN BARU ONLINE 2020
Tarikh | : 1 Ogos 2020 – 25 Ogos 2020 |
Masa | : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari |
Lokasi | : Bilik Latihan Pusat Internet Kg Sg Ragei |
Peserta | : 10 orang peserta |
Tujuan | |
1. Menggalakkan usahawan menggunakan platform secara atas talian (online) untuk membuat jualan produk. 2. Merapatkan kembali hubungan komuniti dengan PI. 3. Mewujudkan kerjasama dengan Pusat Internet sebagai pusat transformasi komuniti. |
|
Aktiviti | |
Pusat Internet mengadakan bengkel dan kelas Shopee dengan membimbing para peserta membuka akaun Shopee dan menggunakan medium online Seller selain sebagai Buyer dalam applikasi Shopee. Selain itu, palajar juga merancang jualan produk para peserta berdasarkan strategi yang disarankan oleh Shopee. Di samping itu juga, Pusat Internet mengadakan taklimat KDB Advokasi secara ringkas sebelum bermula kelas Shopee dan sedikit majlis penyampaian penghargaan kepada peserta oleh petugas PI. Kebaikan kelas tersebut ialah :
|
|
PERTANDINGAN VIDEO KRAFTANGAN MERDEKA 2020
Tarikh | : 1 Ogos 2020 – 30 Ogos 2020 |
Masa | : 9.00 pagi – 4.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Sungai Ragei |
Peserta | : 13 orang peserta |
Tujuan | |
1. Memupuk nilai-nilai kenegaraan. 2. Memupuk semangat perpaduan bersama keluarga dan masyarakat. 3. Mengukuhkan kerjasama dengan Pusat Internet sebagai pusat transformasi komuniti. |
|
Aktiviti | |
Petugas Pi keluar Pi secara bergilir-gilir untuk mempromosikan sambutan Hari Kebangsaan dengan mengedarkan brosur dan maklumat pertandingan kepada penduduk setempat. Setelah mempunyai peserta, petugas pula membimbing para peserta untuk membuat suntingan video lalu memuatnaik video-video pertandingan yang berdurasi tidak melebihi 2 minit dalam laman Facebook untuk menghimpun LIKE terbanyak di samping kriteria-kriteria lain yang telah ditetapkan. Selain itu, petugas mengadakan taklimat KDB Advokasi secara ringkas kepada para peserta semasa majlis penghargaan. Antara topik yang disentuh ialah peranan dan fungsi Pusat Internet ketika pandemik COVID-19 melanda negara. Kebaikan aktiviti tersebut ialah :
|
|
PERTANDINGAN POSTER PUSAT INTERNET 2020
Tarikh | : 1 Ogos 2020 – 30 Ogos 2020 |
Masa | : 9.00 pagi – 4.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Sg Ragei |
Peserta | : 10 orang peserta |
Tujuan | |
1. Mewujudkan penglibatan komuniti dalam program Pusat Internet. 2. Memperkenalkan perkhidmatan Pusat Internet kepada masyarakat. 3. Mengukuhkan kerjasama dengan Pusat Internet sebagai pusat transformasi komuniti. |
|
Aktiviti | |
Petugas Pi mempromosikan Pertandingan Poster dengan mengedarkan brosur dan maklumat pertandingan kepada penduduk setempat khasnya untuk kanak-kanak dan remaja 7-17 tahun. Selain itu, petugas juga membimbing para peserta untuk membuat suntingan poster melalui applikasi Canva.com dan perisian Adobe Photoshope. Kebaikan kelas tersebut ialah :
|
|