PROGRAM BENGKEL CHECK YOUR LABEL DAN KUIZ KDB ADVOKASI
Tarikh | : 9 Ogos 2019 |
Masa | : 2.00 petang – 4.00 petang |
Lokasi | : Bilik Latihan Pusat Internet Kg Sg Ragei |
Peserta | : 18 orang peserta |
Tujuan | |
1. Memberikan kesedaran kepada para peserta mengenai kepentingan memiliki gajet atau alat elektronik yang sah dan selamat. 2. Memberikan tunjuk ajar cara-cara mengenalpasti gajet yang tidak sah dan berbahaya. 3. Memperkasakan kemahiran komuniti melalui bengkel secara hands-on. |
|
Aktiviti | |
Taklimat ini disampaikan oleh Encik Marcos Jalak, Pengurus Pusat Internet Sungai Ragei dengan menerangkan mengenai kesan-kesan buruk memiliki gajet atau barang elektronik yang tiada label MCMC sambil diperhatikan oleh para peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah seramai 18 orang. Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk menjawab soalan Kuiz KDB Advokasi. Kebaikan aktiviti tersebut ialah :
|
|
KAYUHAN MERDEKA SEMPENA KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG BULAN KEMERDEKAAN 2019
Tarikh | : 16 Ogos 2019 |
Masa | : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari |
Lokasi | : Pusat Internet (Pi) Sungai Ragei, Kampung Tutus Hilir, Kampung Sungai Ragei, Mukah |
Peserta | : 10 orang peserta |
Tujuan | |
1. Menyemarakkan semangat cintakan negara; 2. Menyokong kempen Sayangi Malaysiaku; 3. Mewar-warkan kepada komuniti mengenai kempen Kibarkan Jalur Gemilang. |
|
Aktiviti | |
Kayuhan berbasikal dan motosikal mengelilingi kampung sekitar iaitu Kampung Tutus Hilir dan Kampung Sungai Ragei sambil mengibarkan bendera dan mewar-warkan kempen Kibarkan Jalur Gemilang. Kayuhan Merdeka ini adalah aktiviti sambil mengibarkan bendera dan diikuti oleh para peserta lain di belakang yang sama-sama membawa bendera kecil sebagai tanda sokongan kepada kempen Kibarkan Jalur Gemilang yang diketuai oleh Pengurus Pusat Internet dan para peserta siap sedia untuk dilepaskan di garisan permulaan. Simbolik pelancaran Kempen Kibarkan Jalur Gemilang dan Kayuhan Merdeka ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Pandi bin Haji Hassan, AJK Pusat Internet dan Pengurus sebagai wakil Pusat Internet telah memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang di premis Pusat Internet sebagai simbolik pelancaran bulan Kemerdekaan 2019 di Pusat Internet. Kebaikan aktiviti ini ialah :
|
|
MESYUARAT KLUSTER MUKAH SIRI 8/2019
Tarikh | : 18 Ogos 2019 |
Masa | : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari |
Lokasi | : Pusat Internet Balingian |
Peserta | : 7 orang peserta |
Tujuan | |
1. Menyampaikan taklimat MYTV; 2. Membincangkan cadangan-cadangan penambahbaikan halaman Menarik di Mukah dan Dalat (Facebook); 3. Membincangkan cadangan mempromosikan page Menarik di Mukah dan Dalat dan membuat konten-konten menarik; 4. Membincangkan hal-hal lain. |
|
Aktiviti | |
Mesyuarat telah dipengerusikan saudari Vicky Victoria Albert Bush, Pengurus Pi Balingian selaku Ketua Kluster Mukah. Beliau menyampaikan taklimat mengenai prestasi page Menarik di Mukah dan Dalat seterusnya memberikan taklimat pengenalan kepada program terbaharu yang bakal dicadangkan dalam Menarik di Mukah dan Dalat. Selain itu, taklimat statistik Page menarik di Mukah dan Dalat, mengagihkan tugasan kepada petugas-petugas dan menyusun atur jadual pembikinan video dan info mengikut Pi. Selain itu, beliau juga menyampaikan taklimat tentang MYTV dan meminta rakan setugas untuk mempromosikan siaran TV digital dan penutupan siaran analog iaitu MyFreeview di sekitar Pusat Internet dan komuniti setempat. Kebaikan mesyuarat tersebut ialah :
|
|