mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OGOS 2019

PROGRAM BENGKEL CHECK YOUR LABEL DAN KUIZ KDB ADVOKASI

Tarikh : 9 Ogos 2019
Masa 2.00 petang – 4.00 petang
Lokasi Bilik Latihan Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta   : 18 orang peserta 
Tujuan 

1. Memberikan kesedaran kepada para peserta mengenai kepentingan memiliki gajet atau alat elektronik yang sah dan selamat.

2. Memberikan tunjuk ajar cara-cara mengenalpasti gajet yang tidak sah dan berbahaya.

3. Memperkasakan kemahiran komuniti melalui bengkel secara hands-on.

   
Aktiviti 

Taklimat ini disampaikan oleh Encik Marcos Jalak, Pengurus Pusat Internet Sungai Ragei dengan menerangkan mengenai kesan-kesan buruk memiliki gajet atau barang elektronik yang tiada label MCMC sambil diperhatikan oleh para peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah seramai 18 orang.  Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk menjawab soalan Kuiz KDB Advokasi.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Mewujudkan kerjasama antara Pusat Internet (Pi) dengan komuniti setempat;

  • Memberikan pendedahan mengenai kebaikan memiliki gajet atau alat elektronik yang sah di sisi undang-undang;

  • Meningkatkan kesedaran tentang hak-hak pengguna.

Gambar Disini


KAYUHAN MERDEKA SEMPENA KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG BULAN KEMERDEKAAN 2019

Tarikh 16 Ogos 2019
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Lokasi : Pusat Internet (Pi) Sungai Ragei, Kampung Tutus Hilir, Kampung Sungai Ragei, Mukah
Peserta   10 orang peserta
Tujuan 

1. Menyemarakkan semangat cintakan negara;

2. Menyokong kempen Sayangi Malaysiaku;

3. Mewar-warkan kepada komuniti mengenai kempen Kibarkan Jalur Gemilang.

   
Aktiviti 

Kayuhan berbasikal dan motosikal mengelilingi kampung sekitar iaitu Kampung Tutus Hilir dan Kampung Sungai Ragei sambil mengibarkan bendera dan mewar-warkan kempen Kibarkan Jalur Gemilang. Kayuhan Merdeka ini adalah aktiviti sambil mengibarkan bendera dan diikuti oleh para peserta lain di belakang yang sama-sama membawa bendera kecil sebagai tanda sokongan kepada kempen Kibarkan Jalur Gemilang yang diketuai oleh Pengurus Pusat Internet dan para peserta siap sedia untuk dilepaskan di garisan permulaan.

Simbolik pelancaran Kempen Kibarkan Jalur Gemilang dan Kayuhan Merdeka ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Pandi bin Haji Hassan, AJK Pusat Internet dan Pengurus sebagai wakil Pusat Internet telah memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang di premis Pusat Internet sebagai simbolik pelancaran bulan Kemerdekaan 2019 di Pusat Internet.

Kebaikan aktiviti ini ialah :

  • Mewujudkan kerjasama antara Pusat Internet(Pi) dan komuniti;

  • Aktiviti ini diharap dapat menyemaikan semangat cintakan negara

Gambar Disini


MESYUARAT KLUSTER MUKAH SIRI 8/2019

Tarikh : 18 Ogos 2019
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari 
Lokasi : Pusat Internet Balingian
Peserta   7 orang peserta
Tujuan 

1. Menyampaikan taklimat MYTV;

2. Membincangkan cadangan-cadangan penambahbaikan halaman Menarik di Mukah dan Dalat (Facebook);

3. Membincangkan cadangan mempromosikan page Menarik di Mukah dan Dalat dan membuat konten-konten menarik;

4. Membincangkan hal-hal lain.

   
Aktiviti 

Mesyuarat telah dipengerusikan saudari Vicky Victoria Albert Bush, Pengurus Pi Balingian selaku Ketua Kluster Mukah. Beliau menyampaikan taklimat mengenai prestasi page Menarik di Mukah dan Dalat seterusnya memberikan taklimat pengenalan kepada program terbaharu yang bakal dicadangkan dalam Menarik di Mukah dan Dalat. Selain itu, taklimat statistik Page menarik di Mukah dan Dalat, mengagihkan tugasan kepada petugas-petugas dan menyusun atur jadual pembikinan video dan info mengikut Pi. Selain itu, beliau juga menyampaikan taklimat tentang MYTV dan meminta rakan setugas untuk mempromosikan siaran TV digital dan penutupan siaran analog iaitu MyFreeview di sekitar Pusat Internet dan komuniti setempat.

Kebaikan mesyuarat tersebut ialah :

  • Mewujudkan kerjasama antara Pusat Internet(Pi) dalam Kluster Mukah bagi menaikkan nama Pi dan Kluster;

  • Mengenalpasti cadangan-cadangan bernas untuk meningkatkan usaha keterlibatan dengan masyarakat setempat;

  • Memperkenalkan MYTV dan promosi penutupan siaran analog;

  • Memperkasakan peranan Pi melalui video-video yang mampu menarik orang luar mengetahui produk-produk pelancongan yang ada di daerah Mukah dan Dalat.

Gambar Disini