mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI NOVEMBER 2024

AKTIVITI NADI BERSAMA TABIKA PERPADUAN

Tarikh : 7 November 2024
Masa : 08.00 am – 11.30 am
Lokasi : NADI Kampung Sungai Ragei
Peserta   : 43 orang peserta
Tujuan 
  • Meningkatkan kesedaran mengenai fungsi dan peranan NADI dalam pembangunan komuniti, terutama dalam menyediakan ruang pendidikan dan latihan untuk kanak-kanak dan guru.
  • Mempromosikan kesedaran tentang pentingnya pengantunan kanak-kanak, membantu pelajar, guru, dan staf memahami cara melindungi dan mendidik anak-anak dengan lebih berkesan.
Aktiviti 
  1. Taklimat Kesedaran Safe and Shields berkaitan dengan perlindungan diri dan keselamatan dalam internet.
  2. Aktiviti mewarna dan menyusun huruf/jigsaw puzzle

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

    • Aktiviti mewarna dan menyusun huruf/jigsaw puzzle membantu meningkatkan perkembangan motor halus kanak-kanak serta kemahiran pemikiran kritis dan logik mereka.
    • Taklimat kesedaran mengenai pengantunan kanak-kanak memberi guru dan staf pemahaman yang lebih mendalam tentang perlindungan kanak-kanak, menjadikan sekolah tempat yang lebih selamat dan menyokong perkembangan pelajar.
Gambar Disini

PAMERAN KERJAYA DAN PENDIDIKAN PPD MUKAH

Tarikh : 9 November 2024
Masa : 07.00 am – 04.30 pm
Lokasi : Dewan Sri Utama SMK Mukah
Peserta   : 20 orang peserta
Tujuan 
  1. Pameran ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar dan komuniti mengenai perkhidmatan pintar NADI, inovasi STEM, dan kemahiran digital seperti eKelas dan DiLea, yang penting untuk persiapan masa depan mereka dalam bidang teknologi.
  2. Dengan pendaftaran ahli baru secara percuma, pameran ini juga bertujuan memperkenalkan lebih ramai individu kepada inisiatif dan aktiviti NADI, termasuk perkhidmatan pendidikan, kesedaran digital, dan permainan eSukan.
Aktiviti 
  1. Pameran perkhidmatan pintar yang disediakan di NADI, pameran STEM dan saringan kesihatan

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

    • Pameran ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai pelbagai program dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh NADI, termasuk kelas kemahiran, aktiviti advokasi, dan ruang pembelajaran bagi komuniti.
    • Melalui pameran ini, NADI berusaha menarik lebih ramai ahli baru dengan menggalakkan pendaftaran ahli NADI sepanjang acara berlangsung. Peserta boleh mendaftar untuk menikmati pelbagai manfaat dan aktiviti yang disediakan NADI.
Gambar Disini

TAKLIMAT KESEDARAN E-SUKAN & PERTANDINGAN MOBILE LEGENDS BANG BANG 

Tarikh : 9 November 2024
Masa : 02.00 pm – 05.00 pm
Lokasi : NADI Kampung Sungai Ragei
Peserta   : 6 orang peserta
Tujuan 
  • Untuk mengintegrasikan keseronokan dan penglibatan E-Sukan dengan modul pendidikan untuk memupuk pemikiran strategik dan kemahiran kendiri belia.
  • Membangunkan semangat kerjasama berpasukan dan jaringan komuniti di seluruh Malaysia.
  • Mempromosikan imej positif aktiviti E-Sukan sebagai alat pendidikan yang berdaya maju.
Aktiviti 
    1. Pertandingan Mobile Legends Bang Bang – NADI Sungai Ragei dengan NADI Kampung Stungkor Baru
    2. Taklimat ringkas selepas perlawanan iaitu sesi ceramah kesedaran & perlawanan untuk peringkat seterusnya.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

    • Mewujudkan peluang dalam sektor pendidikan dan industri eSukan kepada golongan belia.
    • Meningkatkan kemahiran kendiri dan kemahiran berfikir peserta sekaligus membina semangat kerja berkumpulan.
    • Menggalakkan penglibatan komuniti dalam aktiviti yang membina dengan mengurangkan risiko bermain permainan secara berlebihan melalui program kesedaran.
Gambar Disini

BENGKEL PENGENALAN MICROSOFT EXCEL: ASAS PENGURUSAN DATA UNTUK GURU TADIKA

Tarikh : 13 November 2024 
Masa : 02.00 pm – 05.00 pm
Lokasi : NADI Kampung Sungai Ragei
Peserta   : 11 orang peserta
Tujuan 
  • Meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft Excel.
  • Memberi pemahaman asas hingga tahap lanjutan mengenai penggunaan Excel dalam tugasan harian serta aplikasi dalam pekerjaan.
  • Saringan kesihatan kepada para guru dan staff tabika perpaduan
Aktiviti 
    • Memberi pendedahan kepada peserta mengenai fungsi-fungsi asas Microsoft Excel.
    • Membantu peserta memahami cara penggunaan formula dan fungsi dalam Excel.
    • Mengajar kemahiran pengurusan data dan analisis asas menggunakan Excel.
    • Peserta diberikan latihan praktikal untuk mengaplikasikan pengetahuan asas Excel yang telah dipelajari.
    • Menjalankan sesi saringan kesihatan selapas bengkel excel.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

    • Meningkatkan kecekapan peserta dalam pengurusan data dan analisis menggunakan Excel.
    • Membolehkan peserta menghasilkan laporan dan grafik yang berkesan menggunakan Excel.
    • Meningkatkan kemahiran ICT peserta untuk kegunaan peribadi dan profesional.
    • Memberikan pengetahuan asas tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika melayari internet.
    • Menggalakkan komuniti untuk menjalankan saringan kesihatan secara berkala.
Gambar Disini

AKTIVITI NADI BERSAMA TABIKA KEMAS KAMPUNG SAU 

Tarikh : 29 November 2024
Masa : 08.00 pagi – 11.00 pagi
Lokasi : NADI Kampung Sungai Ragei
Peserta   : 12 orang peserta
Tujuan 
  1. Memberikan pendedahan awal kepada pelajar mengenai peranan NADI dan keselamatan internet kepada kanak-kanak.
  2. Meningkatkan kreativiti serta kemahiran berfikir pelajar melalui aktiviti interaktif.
Aktiviti 
    • Taklimat Kesedaran Safe and Shields berkaitan dengan perlindungan diri dan keselamatan dalam internet.
    • Aktiviti mewarna dan menyusun huruf/jigsaw puzzle

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

    • Menggalakkan interaksi positif dan pembelajaran secara menyeronokkan.
    • Membantu membina keyakinan diri dan kemahiran sosial dalam kalangan kanak-kanak.
    • Memjalin kerjasama yang baik bersama pihak tadika untuk program yang akan mendatang.
Gambar Disini