BENGKEL MICROSOFT OFFICE BERSAMA AJK PERKIM CAWANGAN MUKAH
Tarikh | : 4 November 2023 |
Masa | : 8.30 pagi – 4.30 petang |
Lokasi | : PEDi Sg Ragei |
Peserta | : 7 orang peserta |
Tujuan | |
1. Meningkatkan kemahiran ICT para peserta. 2. Mengasah kemahiran peserta dalam penggunaan ICT. |
|
Aktiviti | |
Bengkel ini kerjasama PERKIM Cawangan Mukah bersama PEDi Sg Ragei. Peserta tergolong daripada wanita bekerjaya dan sudah pencen dalam pekerjaan harian mereka untuk menyertai Persatuan PERKIM Cawangan Mukah seramai 7 orang peserta. Peserta belajar menaip format surat rasmi (letterhead), format notis mesyuarat, format minit mesyuarat, format kertas kerja & laporan aktiviti program. Selain itu, modul tambahan adalah Microsoft Excel & Microsoft Powerpoint. Petugas hanya mengajar asas Excel & PowerPoint kerana kesuntukan masa. Kebaikan bengkel tersebut ialah :
|
|
KURSUS KEUSAHAWANAN: MENCIPTA KAD BISNES
Tarikh | : 4 November 2023 |
Masa | : 2.30 petang – 4.30 petang |
Lokasi | : PEDi Sg Ragei |
Peserta | : 7 orang peserta |
Tujuan | |
1. Memberi pendedahan kepada peserta berkenaan dengan asas keusahawanan. 2. Memberi pendedahan kepada peserta berkenaan dengan cara mencipta bisnes kad yang mudah difahami. |
|
Aktiviti | |
Kelas ini melibatkan persatuan PERKIM Cawangan Mukah yang seramai 7 orang peserta untuk membuat kelas keusahawanan yang berkaitan dengan Bisnes Kad iaitu menggunakan modul Microsoft Publisher 2021. Peserta membuat bisnes kad kerana untuk mereka perkenalkan diri kepada komuniti setempat bahawasanya mereka tergolong dari AJK tertinggi di dalam persatuan tersebut. Kebaikan kelas tersebut ialah :
|
|
|
PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK: CERAMAH PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL DAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG
Tarikh | : 9 November 2023 |
Masa | : 8.30 pagi – 9.30 pagi |
Lokasi | : SMK Mukah |
Peserta | : 1396 orang peserta |
Tujuan | |
1. Memberikan kesedaran kepada peserta betapa pentingnya mengetahui berkenaan dengan penyalahgunaan media sosial. 2. Membantu peserta menggunakan media sosial dengan lebih bijak. 3. Memberi kesedaran kepada peserta berkenaan undang-undang dan pihak berwajib yang terlibat jika berlaku penyalahgunaan dalam penggunaan media sosial. |
|
Aktiviti | |
Program ini diadakan atas permintaan pihak sekolah SMK Mukah yang menjemput PEDi Kluster Mukah & Dalat untuk memberi ceramah Advokasi Klik Dengan Bijak tentang Penyalahgunaan Media Sosial dan Tindakan Undang-undang kepada pelajar seluruh SMK Mukah. Selain itu, petugas PEDi juga memberi semangat kepada pelajar dengan mengadakan kuiz untuk dijawab oleh pelajar yang terpilih. Kebaikan program tersebut ialah :
|
|