KELAS ICT : MICROSOFT POWERPOINT
Tarikh | : 17 Mei 2023 |
Masa | : 2.30 petang – 4.30 petang |
Lokasi | : PEDi Sungai Ragei |
Peserta | : 2 orang peserta |
Tujuan | |
1. Meningkatkan kemahiran ICT para peserta. 2. Meningkatkan kebolehpasaran belia dalam pasaran kerja. 3. Merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti luar bandar dengan komuniti bandar. 4. Memperkasakan peranan PEDi kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik setempat |
|
Aktiviti | |
Program ini mendedahkan dan memberi bimbingan kelas menaip dan persembahan kepada peserta. Pengajar Kelas ini adalah Puan Fifiana binti Matan selaku Pengurus PEDi Sungai Ragei. Antara modul yang diajar adalah kelas Microsoft Office PowerPoint 2021. Kebaikan aktiviti tersebut ialah :
|
|
PROGRAM PEMERKASAAN USAHAWANITA 2023 “WANITA PEMANGKIN EKONOMI” KERJASAMA MUKAH YOUTH TRANSFORMATION & INNOVATION CENTRE (MYTIC) DAN PEDi KLUSTER MUKAH DALAT
Tarikh | : 20 Mei 2023 |
Masa | : 8.00 pagi -5.00 petang |
Lokasi | : Dewan Serbaguna Kampung Tellian Tengah, Mukah |
Peserta | : 100 orang peserta |
Tujuan | |
1. Memperkasa usahawan wanita ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing. 2. Untuk menggalakkan kemajuan usahawan wanita melalui sektor-sektor utama daerah dengan menyediakan saluran maklumat dana, latihan dan inisiatif-inisiatif sedia ada. 3. Untuk memberi peluang kepada usahawan wanita bagi membincangkan isu-isu dan cabaran yang dihadapi dalam menggalakkan keusahawanan dan pembangunan di bahagian Mukah. 4. Meningkatkan kemahiran usahawan melalui demostrasi bidang makanan, kraftangan dan kecantikan. 5. Memberi pendedahan berkenaan kebaikan dan keburukan penggunaan internet dalam kehidupan seharian. 6. Memartabatkan PEDi sebagai pusat yang interaktif dan penuh dengan informasi terkini yang dapat membina empayar sosio ekonomi yang hebat. |
|
Aktiviti | |
Program ini melibatkan usahawanita tempatan di sekitar Daerah Mukah, Balingian, Oya & Dalat bagi Kluster Mukah Dalat. Pelbagai taklimat yang dianjurkan pihak PEDi Kluster Mukah & Dalat serta Mystic kerjasama bersama agensi sekitar Mukah iaitu Taklimat Pengenalan Platform Pemasaran Dalam Talian Oleh Rakan Digital, Taklimat Pendaftaran Lesen Perniagaan Sarawak Oleh Pejabat Daerah Mukah, Taklimat Pendaftaran Lesen Perniagaan MDDM Oleh Majlis Daerah Dalat & Mukah. Selain itu, Pameran Agensi Jemputan pun ada. Sebelah petang pula aktiviti Demonstrasi 4 Dalam 1: Kek Marble Moden – Aisyah Nasri Kitchen, Solekan -Ladies Beauty Spa, Kuih Traditional – Jabatan Kemajuan Masyarakat Kemas & Kraftangan (Anyaman) – Jabatan Kemajuan Masyarakat Kemas. Antara aktiviti sampingan pula ialah Ceramah Klik Dengan Bijak “Keselamatan Perbankan Dalam Talian “Oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Taklimat Oleh PDRM Bahagian Mukah & Sharing Session oleh Peserta.
Kebaikan program tersebut ialah :
|
|