mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI MEI 2019

PROGRAM MENGEMASKINI DATA PELAJAR SECARA ONLINE KERJASAMA PUSAT INTERNET(PI) BERSAMA PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SARAWAK (PPKS) KAMPUS CAWANGAN MUKAH

Tarikh : 22 Mei 2019
Masa : 2.00 petang – 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta   : 16 orang peserta
Tujuan 

1. Mempromosikan perkhidmatan pusat internet kepada komuniti setempat.

2. Meningkatkan keahlian pusat internet.

3. Menggalakkan komuniti terlibat dalam dashboard komuniti dan program e-waste.

4. Menjalin kerjasama dengan agensi-agensi luar dalam menganjurkan program.

   
Aktiviti 

Pelajar diberi taklimat oleh Encik Serit Lakai iaitu pensyarah PPKS berkenaan operasi laman web Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Kampus Mukah sambil peserta belajar cara mengemaskini data di laman web www.ppks.gov.my. Selain itu, taklimat berkenaan Operasi Pusat Internet oleh pihak petugas Pusat Internet. Antara aktiviti sampingan adalah melayari Internet dan mencari maklumat menggunakan pelayar Google.

Kebaikan kelas tersebut ialah :

  • Mewujudkan kerjasama dengan agensi luar berkaitan dan memupuk mengeratkan silaturahim antara kedua-dua agensi.

  • Mengenalpasti prospek untuk menambah keahlian dan target group untuk menjalankan aktiviti pada masa akan datang.

  • Memperkenalkan Pusat Internet kepada orang luar dan mampu menarik peserta untuk menggunakan kemudahan di Pusat Internet.

  • Menggalakkan agensi-agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menggunakan kemudahan di Pusat Internet.

Gambar Disini