mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI MAC 2019

KELAS PERSENDIRIAN ADOBE PHOTOSHOP CS6 & MICROSOFT OFFICE 2010

Tarikh : 10 Mac 2019 sehingga 31 Mac 2019
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tgh hari & 2.00 petang – 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta   : 6 orang 
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT peserta dengan memperkenalkan kemahiran tambahan Adobe Photoshop.

2. Memberikan pendedahan kemahiran ‘multitasking’ kepada peserta.

3. Meningkatkan kemahiran persaingan kepada lepasan sekolah untuk bersaing dalam dunia pekerjaan.

4. Menghadiri jemputan daripada Pusat Kemahiran yang beroperasi di Mukah.

5. Mengeksplorasi kerjasama-kerjasama yang boleh dijalinkan dengan pihak agensi kemahiran di Mukah.

6. Mengenalpasti usahawan-usahawan baru untuk dibantu melalui ICT.

   
Aktiviti 

Peserta belajar modul pembelajaran yang relevan dengan keperluan pekerjaan semasa untuk kegunaan masa hadapan sebagai ilmu tambahan kepada peserta.Selain itu, pihak petugas Pusat Internet memberikan latihan pengukuhan pembelajaran bagi modul berikut iaitu Microsoft Office 2010 dalam Word, Excel, PowerPoint & Publisher 2010 beserta Adobe Photoshop CS6. 

Kebaikan kelas tersebut ialah :

  • Dapat menimba ilmu baru dalam pekerjaan Kerani.
  • Membantu komuniti meningkatkan pengetahuan dan asas kemahiran ICT.

  • Melengkapkan peserta dengan keperluan ‘soft skill’ atau ‘multitasking’ sebelum menempuh alam pekerjaan.

  • Mewujudkan peluang pembelajaran secara kondusif dan selesa kepada para peserta.

  • Meningkatkan ilmu pengetahuan tentang Adobe Photoshop CS6 dalam mengedit gambar yang menarik.

Antara peserta-peserta kelas ini adalah :

  1. NORAINI BINTI MOHD NORIZAN
  2. NASFARINA BINTI SUONG
  3. REENA ANAK SEBLI
  4. MARIA ANAK AGAT
  5. CHRISTMAS ARDILLA AK TIK
  6. EDWIN WEI AK KEDOK

Gambar Disini


PELANCARAN KEMPEN MOBILE E-WASTE DI PUSAT INTERNET KAMPUNG SUNGAI RAGEI

Tarikh : 20 Mac 2019
Masa : 10.00 pagi – 11 pagi 
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta   : 7 orang 
Tujuan 

1. Mempromosikan kempen Mobile e-Waste kepada komuniti setempat.

2. Mewujudkan kesedaran mengenai penjagaan alam sekitar dan mengelakkan pembuangan e-sisa secara berleluasa.

3. Menggalakkan komuniti membuang peralatan elektronik khasnya telefon bimbit, pengecas, tablet dan kamera digital di tempat yang betul dan selamat.

   
Aktiviti 

Kempen ini memberikan saguhati berbentuk woven bag kepada pengguna yang mendermakan barang e-sisa atau mobile e-waste mereka. Dengan adanya pengumpulan mobile e-waste (small devices) yang dilaksanakan di Pi sebelum diserahkan kepada pihak MCMC. Ia juga dapat mempromosikan kempen tersebut melalui media sosial seperti Facebook dengan menyediakan kotak khas yang dibekalkan oleh pihak MCMC di Pi bagi memudahkan pengguna menghantar atau mengitar semula e-sisa. Terdapat 7 orang peserta terkumpul sepanjang kempen ini berlangsung. 

Kebaikan aktiviti tersebut iaitu :

  • Mengurangkan pembuangan e-sisa di tempat yang salah dan sekaligus mampu mengurangkan kesan jangka panjang.
  • Memberikan didikan kepada komuniti melalui tanggungjawab mereka terhadap kesihatan dan alam sekitar sejagat.

Gambar Disini


LAWATAN PUSAT INTERNET KE USAHAWAN TEMPATAN : MANIH BAKERY

Tarikh : 21 Mac 2019
Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi
Lokasi : Manih Bakery, Kampung Tutus Hilir, Mukah
Peserta   : 1 orang 
Tujuan 

1. Memperkenalkan perkhidmatan Pusat Internet (Pi) kepada komuniti setempat.

2. Menggalakkan komuniti menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan desa dengan memfokuskan kepada hobi yang boleh menjana pendapatan.

3. Membimbing usahawan tempatan dalam aspek membuat promosi dan pemasaran.

   
Aktiviti 

Berkenalan dengan pemilik Manih Bakery dan menggalakkan beliau mendaftar sebagai ahli Pi. Sebelum ini, adik beliau memperkenalkan Manih Bakery kepada petugas Pi. Petugas memberikan penerangan mengenai peranan dan fungsi Pi dalam membangunkan komuniti setempat terutama dalam bidang keusahawanan. Ia dapat membantu pemilik premis untuk mempromosikan produk buatan Manih Bakery dengan membuat flyers dan brosur dengan kadar yang berpatutan dan membantu mempromosikan dalam media sosial iaitu Facebook. Pusat Internet Kg Sg Ragei ingin memasukkan Manih Bakery sebagai prospek usahawan berjaya seterusnya mengemaskini data beliau dalam Dashboard Komuniti dan MyComms.

Kebaikan aktiviti tersebut adalah:

  • Membantu komuniti mempromosikan produk dalam media sosial seperti Facebook, Twitter dan Youtube.
  • Memberikan motivasi kepada usahawan supaya meningkatkan kualiti dan kuantiti produk agar lebih dikenali ramai.
  • Membimbing usahawan dalam penggunaan ICT seperti memberikan kelas ICT secara percuma.

 

Nama Penuh Pengusaha

Nurasikin Binti Ismail

No. Kad Pengenalan Pengusaha

881115-13-xxxx

Alamat

Kampung Tutus Hilir, Mukah

No. Tel

012-8732909   

Perusahaan

Kek, Roti, Biskut

Nama Syarikat

Manih Bakery

Gambar Disini


PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MEMBUAT LAYANG-LAYANG SEMPENA CUTI SEKOLAH

Tarikh : 28 Mac 2019
Masa : 3.00 petang – 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta   : 4 orang 
Tujuan 

1. Menggalakan aktiviti sosial dan kemasyarakatan dalam kalangan ahli Pi.

2. Mengangkat hobi zaman tanpa gajet dan membentuk silaturahim dalam kalangan peserta.

3. Mengisi masa lapang para pelajar sekolah dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah di samping menambah pengetahuan di luar akademik.

   
Aktiviti 

Pertandingan membuat layang-layang ini dikendalikan oleh Puan Agatha Wisterina, Penolong Pengurus Pi Kampung Sungai Ragei selaku penyelaras aktiviti yang telah dimulakan pada awal bulan lepas bagi menarik penyertaan dalam kalangan belia. Menguji layang-layang yang telah siap dibuat di lapangan dan dinilai mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Ia dapat memberikan galakkan kepada peserta untuk memanfaatkan Dashboard Komuniti (DK) dengan memuatnaik aktiviti tersebut dalam DK masing-masing. Aktiviti sampingan adalah memperkenalkan perkhidmatan Pusat Internet dan taklimat ringkas aplikasi Dashboard Komuniti (DK).

Kebaikan kelas tersebut ialah :

  • Membantu komuniti meningkatkan kemahiran sosial dan komunikasi.
  • Membina keyakinan diri para peserta mengenai bakat dan kebolehan mereka.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran dalam kalangan belia dengan merujuk Internet untuk menghasilkan layang-layang terbaik seperti Youtube.

Gambar Disini