mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JULAI 2022

PROGRAM LATIHAN LITERASI ICT DAN DIGITAL 2022

Tarikh : 4 Julai 2022 – 29 Julai 2022
Masa : 9.30 pagi – 12.30 tengah hari & 2.30 petang – 4.30 petang
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 2 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT para peserta. Meningkatkan kebolehpasaran belia dan wanita dalam pasaran kerja.

2. Merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti luar bandar dengan komuniti bandar.

3. Memperkasakan peranan PEDi kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik setempat.

   
Aktiviti 

Program ini dibuka kepada peserta yang ingin belajar berkaitan Literasi ICT & Digital yang merangkumi modul Microsoft Office 2010 iaitu Word, Excel, PowerPoint & Publisher yang diajar oleh Puan Agatha Wisterina Stephen & Encik Marcos Anak Jalak. Petugas mengajar peserta dengan modul utama permintaan ramai peserta dengan adanya sekali dengan sijil penyertaan.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT peserta seterusnya menyediakan mereka peluang untuk mempunyai daya saing dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan PEDi dalam kalangan komuniti setempat setelah fasa pandemic COVID-19.

Gambar Disini


PROGRAM “CREATING E-BUSINESS IN FACEBOOK AND SALES IN FACEBOOK LIVE” ANJURAN PEDI KLUSTER MUKAH DALAT

Tarikh : 16 Julai 2022
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Lokasi : PEDi Kg Judan
Peserta   : 16 orang peserta
Tujuan 

1. Memperkasakan usahawan mikro untuk menjadi usahawan mikro digital yang lebih efektif.

2. Untuk membantu usahawan mikro beralih kepada pendigitalan menjelang 2025 sejajar dengan seruan kerajaan pada masa kini, pemikiran inovatif dan berdaya saing di peringkat global.

3. Untuk memperkenalkan peranan PEDi kepada komuniti luar usahawa membantu usahawan dalam kemahiran digital.

   
Aktiviti 

Program keusahawanan kali ini lebih menekankan tentang bagaimana memulakan dan menjalankan perniagaan kita lebih berkembang melalui platform media social seperti Facebook. Dalam Program kali ini kita akan membantu usahawan untuk membina page perniagaan masing-masing dan mengajar bagaimana hendak berjual produk secara “Live” dalam Facebook.

Setiap PEDi terlibat telah menghantar 2 atau 3 usahawan atau wakil bagi menghadiri program ini.  Para peserta hendaklah mempunyai laman Facebook sendiri (wajib) bagi memudahkan kelas bimbingan dibuat semasa program dijalankan.

Antara modul yang dipelajari semasa program adalah seperti berikut :

  1. Membuat facebook page untuk perniagaan secara talian.
  2. Memulakan “Live” di Page masing-masing.
  3. Facebook posting dan Schedule.
  4. Facebook automation messaging dan link media sosial.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Usahawan dapat membuat Page perniagaan sendiri dan memasukkan seberapa banyak produk yang dijual,sediakan jadual untuk promosi produk secara “Live” dan pembeli dapat membeli secara “direct”kepada usahawan secara dalam talian.

Gambar Disini


KUIZ ICT & TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK (KDB) SEMPENA PROGRAM HARI BERSAMA KOMUNITI

Tarikh : 21 Julai 2022
Masa : 10.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari
Lokasi : Tabika Kemas Sungai Kut Muara, Dalat
Peserta   : 17 orang peserta & 4 orang guru Tabika
Tujuan 

1. Mengasah minda kanak-kanak dengan ilmu ICT.

2. Mendedahkan pembelajaran berasaskan ICT kepada kanak-kanak pra sekolah.

3. Mewujudkan kesedaran kepada kanak-kanak tentang keburukan bermain gajet dan Internet secara berlebihan.

4. Memperkasakan peranan PEDi kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik setempat.

   
Aktiviti 

Encik Marcos, Pengurus PEDi Sungai Ragei berinteraksi dengan kanak-kanak tabika mengenai kuiz ICT dan menyampaikan taklimat Klik Dengan Bijak (KDB). Para peserta diberikan sebuah buku mengandungi pelekat yang bercirikan ICT dan permainan untuk menarik minat kanak-kanak. Penyampaikan cenderahati berupa hamper kepada Cikgu Tracy Edmund sebagai penghargaan kerana sudi menerima kunjungan pihak PEDi oleh Encik Marcos.

TENTATIF PROGRAM:

  1. Kuiz Am ICT-meliputi nama-nama gajet, gambar-gambar peralatan untuk berhubung, Teka gambar
  2. Sejarah perhubungan komunikasi
  3. KDB-Kesan Buruk Internet
  4. Tayangan Video
  5. Penyampaian Hadiah kepada peserta dan tuan rumah
  6. Sesi Bergambar

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan kanak-kanak pra sekolah dengan ilmu ICT yang berkesan dan sesuai dengan umur mereka.

  • Melahirkan generasi akan datang yang bukan sahaja bijak tentang sains dan ICT malah memiliki moral dan berhemah tinggi.

  • Meningkatkan penggunaan PEDi dalam kalangan komuniti setempat setelah fasa pandemik COVID-19.

Gambar Disini