BENGKEL GURU DAN PENOLONG GURU BAHAGIAN MUKAH ANJURAN JABATAN PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL (JPIN) BAHAGIAN MUKAH DENGAN KERJASAMA TADIKA PERPADUAN BAHAGIAN MUKAH DAN PEDI SUNGAI RAGEI
Tarikh | : 8 Februari 2022 |
Masa | : 2 petang sehingga 4.00 petang |
Lokasi | : PEDi Sungai Ragei |
Peserta | : 9 orang peserta |
Tujuan | |
1. Memberikan pendedahan asas ICT dan Digital kepada guru dan penolong guru Tadika Perpaduan. 2. Mempelajari asas penggunaan Adobe Photoshop. 3. Membentuk kerjasama antara PEDi dengan agensi kerajaan di Bahagian Mukah. |
|
Aktiviti | |
Bengkel ini dimulakan dengan Pengenalan Adobe Photoshop CS6 oleh Puan Agatha Wisterina Stephen, Penolong Pengurus PEDi Sungai Ragei. Selepas itu, Hands-on Asas Latihan Membuat Banner Pendaftaran Murid Menggunakan Adobe Photoshop CS6 yang dikendalikan oleh Encik Mohd Farkhan Bin Terkey, Penolong Pengurus PEDi Balingian dan dibantu oleh Puan Agatha dan Encik Marcos. Taklimat Ringkas KDB Advokasi – Truth Campaign oleh Encik Marcos Jalak, Pengurus PEDi Sungai Ragei & pendafaran ahli baharu serta Penyampaian Cenderamata. Kebaikan bengkel tersebut ialah :
|
|
PROGRAM LATIHAN ICT DAN DIGITAL 2022(MICROSOFT OFFICE – WORD & POWER POINT)
Tarikh | : 7 Februari 2022 – 28 Februari 2022 |
Masa | : 11.00 pagi sehingga 1 tengah hari |
Lokasi | : PEDi Sungai Ragei |
Peserta | : 2 orang peserta |
Tujuan | |
1. Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT peserta seterusnya menyediakan mereka peluang untuk mempunyai daya saing dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar. 2. Membantu peserta meningkatkan kemahiran asas mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan seharian dan dalam pekerjaan. 3. Meningkatkan penggunaan PEDi dalam kalangan komuniti setempat. |
|
Aktiviti | |
Encik Marcos mengajar Puan Punai merupakan Tuai Rumah Panjang yang beralamat di Hulu Penipah. Beliau bersama anak buahnya, Puan Olivia mendaftar di PEDi pada 07hb Februari yang lalu untuk mengikuti program Latihan ICT dan Digital. Biarpun usia Tuai Rumah Punai sudah menjangkau 50 tahun, beliau tetap gigih berusaha menambah ilmu pengetahuan dalam bidang ICT. Beliau memberitahu tugas dan peranan ketua masyarakat pada zaman ini telah berubah dan penting bagi mereka untuk menguasai ICT kerana kebanyakan urusan di pejabat kerajaan memerlukan mereka untuk mahir menggunakan komputer. Modul yang diajar oleh En. Marcos adalah Microsoft Word & Microsoft Powerpoint. Kebaikan kelas tersebut ialah :
|
|
MESYUARAT KHAS KLUSTER MUKAH BIL.2/2022 BERSAMA PENGURUS WILAYAH DAN MCMC BINTULU
Tarikh | : 11 Februari 2022 |
Masa | : 9.00 pagi – 11.00 pagi |
Lokasi | : PEDi Sungai Ragei (Google Meet) |
Peserta | : 14 orang petugas PEDi Kluster Mukah dan Dalat |
Tujuan | |
1. Menyelaras tugas-tugas kumpulan dalam kluster. 2. Membentangkan visi dan misi setiap unit dalam kluster. 3. Mendengar amanat daripada pihak MCMC dan Pengurus Wilayah. 4. Membincangkan perancangan aktiviti sepanjang tahun 2022. |
|
Aktiviti | |
Mesyuarat ini dilakukan untuk makluman pelan perancangan Kluster Mukah dan Dalat mengikut tugas dikategorikan 4 kumpulan. Agenda Mesyuarat: Kebaikan mesyuarat tersebut ialah :
|
|
PROGRAM LATIHAN ICT DAN DIGITAL 2022(MICROSOFT OFFICE – EXCEL & PUBLISHER)
Tarikh | : 16 Februari 2022 – 28 Februari 2022 |
Masa | : 11.00 pagi sehingga 1 tengah hari |
Lokasi | : PEDi Sungai Ragei |
Peserta | : 2 orang peserta |
Tujuan | |
1. Meningkatkan kemahiran ICT para peserta. 2. Meningkatkan kebolehpasaran belia dalam pasaran kerja. 3. Memperkasakan peranan PEDi kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik setempat. |
|
Aktiviti | |
Program ini dibuka kepada peserta yang ingin belajar berkaitan Literasi ICT & Digital yang merangkumi modul Microsoft Office 2010 iaitu Excel & Publisher yang diajar oleh Puan Agatha Wisterina Stephen selaku Penolong Pengurus PEDi Sg Ragei. Petugas mengajar peserta dengan modul utama permintaan ramai peserta dengan adanya sekali dengan sijil penyertaan. Kebaikan kelas tersebut ialah :
|
|
BIMBINGAN PERKHIDMATAN ONLINE WEBSITE KERAJAAN
Tarikh | : 23 Februari 2022 |
Masa | : 9.00 pagi – 11.00 pagi & 2.00 petang – 4.00 petang |
Lokasi | : PEDi Sungai Ragei |
Peserta | : 2 orang peserta |
Tujuan | |
1. Membantu pengguna meningkatkan kemahiran ICT dan digital. 2. Membimbing pengguna mengisi maklumat dalam portal e-Services LHDN Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). 3. Memperkenalkan perkhidmatan PEDi kepada komuniti setempat. |
|
Aktiviti | |
Mengemaskini maklumat pemohon dalam portal BKM dan mencetak maklumat permohonan yang telah diisi untuk rujukan pemohon.Petugas membantu pengguna menyediakan template untuk pengiraan rekod jualan kelapa sawit milik persendirian bagi tujuan pinjaman bank. Kebaikan bimbingan tersebut ialah :
|
|