mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2021

PROGRAM LATIHAN LITERASI ICT & DIGITAL

Tarikh 1 DISEMBER 2021 – 24 DISEMBER 2021
Masa 9.00 pagi sehingga 12 tengah hari dan 2 petang sehingga 5.00 petang
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   8 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT para peserta.

2. Meningkatkan kebolehpasaran belia dalam pasaran kerja.

3. Memperkasakan peranan Pusat Internet kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik setempat.

   
Aktiviti 

Program ini dibuka kepada peserta yang ingin belajar berkaitan Literasi ICT & Digital yang merangkumi modul Microsoft Office 2010 iaitu Word, Excel, PowerPoint & Publisher. Petugas mengajar peserta dengan modul utama permintaan ramai peserta dengan adanya skali dengan sijil penyertaan. Selain itu, petugas juga memberi taklimat sampingan berkaitan Advokasi KDB & E-waste beserta Check Your Label.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT peserta seterusnya menyediakan mereka peluang untuk mempunyai daya saing dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan Pusat Internet dalam kalangan komuniti setempat.

 Gambar Disini


BIMBINGAN MENGISI MAKLUMAT PERMOHONAN PEKERJAAN DI SARAWAK E-RECRUITMENT DAN PERKESO

Tarikh 16 Disember 2021 & 22 Disember 2021
Masa 2.00 petang sehingga 4.00 petang
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   4 orang peserta
Tujuan 

1. Membantu pengguna  meningkatkan kemahiran komputer dan ICT.

2. Membimbing pengguna mengisi maklumat dalam portal Sarawak e-Recruitment dan PERKESO dengan betul.

3. Memperkenalkan perkhidmatan Pusat Internet Komuniti kepada komuniti.

   
Aktiviti 

Peserta mengisi maklumat dalam portal dan emelkan permohonan kepada urus setia pengambilan. Petugas membantu pengguna menyelaras dokumen-dokumen yang perlu dimuatnaik menggunakan kaedah yang lebih mudah dan sepat seperti penggunaan aplikasi CamScan iaitu dengan mengimbas sijil-sijil akademik dan sijil-sijil kokurikulum para peserta. Selainitu, petugas membimbing peserta memuatnaik gambar profil terkini lalu mengemaskini maklumat ahli berdaftar PEDi.

Kebaikan bimbingan tersebut ialah :

  • Membantu dan memudahcara proses permohonan pengguna dalam portal Sarawak e-recruitment dan PERKESO.

  • Mewujudkan kerjasama erat Pusat Internet dengan pihak komuniti.

  • Meningkatkan kebolehpasaran pengguna dalam dunia pekerjaan yang semakin mencabar.

Gambar Disini


KELAS ADOBE PHOTOSHOP CS6

Tarikh 18 Disember 2021
Masa 10.00 pagi – 12.00 tengah hari & 2.30 petang sehingga 5.00 petang
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT peserta khasnya wanita belia.

2. Meningkatkan kebolehpasaran wanita dalam pasaran kerja.

3. Memperkasakan peranan Pusat Internet kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik.

   
Aktiviti 

Cik Nadia Armilla membuat latihan praktikal yang diajar oleh Puan Agatha Wisterina di dalam Adobe Photoshop dan membuat hasil poskad sendiri dengan ilmu yang telah dipelajari sepanjang pelajaran kelas tersebut.

Kebaikan kelas tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT peserta seterusnya menyediakan mereka peluang untuk mempunyai daya saing dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar.
  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan Pusat Internet dalam kalangan komuniti setempat.

  • Meningkatkan kemahiran para wanita remaja dalam penggunaan ICT khasnya dalam menggunakan applikasi Microsoft Office dan Adobe Photoshop.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan Pusat Internet dalam kalangan komuniti setempat.

Gambar Disini