KELAS DEMO MEMBAIKI KOMPUTER
Tarikh | : 21 APRIL 2018 |
Masa | : 2.00 petang – 4.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Sg Ragei |
Peserta | : 4 orang peserta |
Tujuan | |
1. Memberikan demo cara membersihkan perkakasan dalam komuputer iaitu dalam hard disk. 2. Memahami punca-punca utama kerosakan komputer dan cara-cara mengatasinya. 3. Meningkatkan kemahiran pelajar mengenai komputer dan cara mudah membaiki komputer. |
|
Aktiviti | |
Aktiviti ini adalah demo cara membuka dan mengenalpasti kerosakan hard disk disampaikan oleh Puan Agatha Wisterina, Penolong Pengurus Pusat Internet Kg Sg Ragei. Selepas melihat demo, para peserta mencuba sendiri secara hands-on atau praktikal asas – asas membaiki kerosakan tersebut. Melalui kelas demo ini, para peserta lebih memahami fungsi-fungsi elektronik yang terdapat dalam hard disk. Aktiviti ini telah meningkatkan kemahiran pelajar mengenai komponen yang terdapat dalam hard disk dan cara-cara mengurangkan risiko kerosakan. |
|
PERJUMPAAN PI1M BERSAMA SUKARELAWAN
Tarikh | : 22 APRIL 2018 |
Masa | : 2.00 petang – 4.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Sg Ragei |
Peserta | : 10 orang peserta |
Tujuan | |
1. Membincangkan peranan dan tanggungjawab sukarelawan Pusat Internet. 2. Menyampaikan taklimat berkenaan program mobile e-waste sempena Kaul Mukah 2018 di tapak Kaul. |
|
Aktiviti | |
Perbincangan bersama sukarelawan-sukarelawan Pusat Internet mengenai peranan dan tanggungjawab yang perlu dimainkan di Pusat Internet dan di luar Pusat Internet. Selain itu, pihak petugas PI merancang aktiviti Mobile e-Waste sempena Kaul Mukah 2018 di tapak Kaul. Antara Kebaikan Aktiviti ini adalah: 1. Memberi kesedaran kepada sukarelawan bahawa Pusat Internet adalah tanggungjawab bersama untuk menjaganya dari pelbagai aspek. 2. Meningkatkan kerjasama antara Pusat Internet dengan Komuniti. |
|