KEUSAHAWANAN : HOMEMADE CAKE PUAN BETTY WONG
Nama | : Puan Betty Wong Sung Sung |
Umur | : 40 tahun |
Ahli | : 2020 |
Latar belakang
Puan Betty menjalankan perniagaan Bakery & Cake House dari rumah. Produk kek yang popular ialah kek harijadi. Selain itu, beliau juga ada mengusahakan biskut pelbagai perisa. Beliau menerima tempahan daripada rakan-rakan dan saudara mara.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum menggunakan platform media sosial Facebook untuk mempromosikan perusahaan kek harijadi, kek cawan dan biskut, pendapatannya adalah sekitar RM1000-RM2000 sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
3 tahun lalu, beliau membuka akaun Facebook peribadi dan turut mempromosikan perniagaannya di situ. Beliau mendapati lebih ramai pelanggan menempah kek harijadinya kerana rasanya yang menepati citarasa pelanggan. Malahan, tempahan daripada luar daerah juga bertambah sekali ganda. Kini beliau mampu meraih pendapatan sekitar RM1500-RM2500 sebulan (bergantung dengan permintaan pelanggan).
Pihak Pusat Internet membantu meningkatkan kemahiran beliau dalam menggunakan applikasi Microsoft Office seperti Microsoft Word, Kursus MyHalal Secara Atas Talian – Kerjasama dengan JAIS Mukah, membuat akaun media sosial Facebook & membuka akaun emel. Selain itu, Pusat Internet juga turut membantu mempromosikan produk perusahaannya di Facebook Pusat Internet dan Myshop.
Pihak Pusat Internet Sungai Ragei menjemput Puan Wong untuk menyertai pelbagai bengkel keusahawanan seperti Online Marketing, Business on Social Media dan Bengkel Myhalal Online kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Mukah dan Jabatan Pertanian Bahagian Mukah.
FACEBOOK PAGE : Puan Betty Wong
Bengkel Business on Social Media dan Bengkel Myhalal Online kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Mukah dan Jabatan Pertanian Bahagian Mukah.