KEUSAHAWANAN : AGEN PRODUK DROPSHIP PUAN DAYANG NURUL JANNAH
Nama | : Puan Dayang Nurul Jannah Binti Awang Besiri |
Umur | : 31 tahun |
Ahli | : 2020 |
Latar belakang
Puan Dayang aktif dan terkenal di Mukah sebagai seorang dropshipper dan agen produk-produk laris. Beliau menjual pelbagai produk yang mempunyai potensi untuk mengaut keuntungan. Contoh produk yang ada dijual beliau ialah Pes Laksa Sarawak Haji Manan, wangi Sugar Bomb, Min Café dan lain-lain.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sudah aktif menjual produk di laman sosial Facebook miliknya. Namun begitu, pendapatan tidak menentu kerana persaingan dan kurang saluran mencari prospek atau pelanggan-pelanggan baharu. Sebelum ini pendapatan bulanan dianggarkan sekitar RM100-RM500 sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pada bulan Ogos yang lepas, Puan Dayang mencuba untuk meluaskan saluran promosi di platform atas talian iaitu Shopee. Beliau menghadiri bengkel Shopee yang diadakan di Pusat Internet Sungai Ragei dan seterusnya membuka akaun. Kini, pelanggan-pelanggan lebih banyak dan sekaligus dapat meningkatkan pendapatan sekitar RM500-RM1000 sebulan.
Pihak Pusat Internet membantu meningkatkan kemahiran beliau dalam menggunakan applikasi media sosial & pemasaran secara atas talian seperti
- Messenger
- Whatssap
- Shopee
- Lazada
Pihak Pi menawarkan kelas bimbingan secara percuma sekiranya beliau datang ke Pi untuk belajar ICT. Selain itu, beliau juga mendapat tips-tips percuma melalui channel Youtube dan softcopy modul keusahawanan yang disedakan oleh Pi.
FACEBOOK PERSONAL : https://www.facebook.com/nurul.jannah.146069
GAMBAR TERSEBUT SEMASA PUAN DAYANG INGIN MENYERTAI PERTANDINGAN USAHAWAN ONLINE 2020 DAN DITEMANI OLEH SUAMINYA.
PES LAKSA SARAWAK,PRODUK KECANTIKKAN TEMULAWAK & PEWANGI SUGARBOMB YANG DIPASARKAN OLEH BELIAU SEBAGAI AGEN DROPSHIP.