BELAJAR MICROSOFT OFFICE 2010 (WORD, EXCEL, POWERPOINT & PUBLISHER) DAN ADOBE PHOTOSHOP CS6
Nama | : Maria Anak Agat |
Umur | : 33 tahun |
Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Puan Maria Agat merupakan seorang suri rumah. Beliau berdaftar sebagai ahli di Pi Sg Ragei dan berhasrat untuk mendapatkan sijil ICT untuk memohon pekerjaan yang setaraf dengan kelayakannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Puan Maria tidak mahir menggunakan komputer mahupun Internet. Selain tidak mahir, beliau juga segan untuk belajar bersama peserta lain di pusat latihan ICT berbayar di luar. Namun, dengan adanya kemudahan Pi, beliau amat bersyukur dan dapat meneruskan langkah untuk belajar ICT memandangkan beliau berhasrat untuk mendapatkan sijil kelulusan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Antara modul yang telah tamat dipelajari ialah Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Power Point, Microsoft Publisher. Selain itu, atas inisiatif petugas, turut diajarkan kepada beliau ialah kemahiran tambahan seperti penggunaan asas peranti Adobe Photoshop. Beliau kini lebih yakin dan bersemangat untuk meneruskan cita-citanya kerana telah berjaya selangkah ke hadapan dalam mempertingkatkan kemahiran diri.
Beliau telah mendaftarkan diri untuk mengikuti kelas Microsoft Word, Power Point, Excel, dan Publisher pada 1 April-1 Mei 2019. Bagi Puan Maria, pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan oleh petugas-petugas di Pusat Internet Sungai Ragei amat baik dan berkesan kerana bersesuaian dengan keperluan semasa. Bukan sahaja menekankan aspek teori malahan tumpuan turut diberikan kepada praktikal atau ‘hands-on’ dan ini meudahkan beliau lebih memahami dengan lebih cepat modul yang diajar.
Selain menghadiri sesi kelas yang formal, beliau juga mendapat bimbingan tambahan di luar masa kelas kerana mempunyai laptop. Selain mahir menggunakan PC/Komputer yang sedia ada di Pi, beliau juga turut menambahkan kemahiran menggunakan laptop. Bimbingan untuk menguasai kemahiran menggunakan laptop juga diberi secara percuma dan ini telah memudahkan beliau belajar ICT.