MESYUARAT BULANAN KLUSTER MUKAH BIL. 6/2019
Tarikh | : 14 Jun 2019 |
Masa | : 9.00 pagi – 11.00 pagi |
Lokasi | : Bilik Latihan Pusat Internet Kg Judan |
Peserta | : 10 orang petugas Pusat Internet Zon Mukah dan Dalat |
Tujuan | |
1. Membincangkan perkara-perkara berbangkit. 2. Membincangkan cadangan-cadangan penambahbaikan halaman Menarik di Mukah dan Dalat (Facebook). 3. Membincangkan cadangan mempromosikan page Menarik di Mukah dan Dalat dan membuat konten-konten menarik. 4. Membincangkan hal-hal lain. |
|
Aktiviti | |
Mesyuarat telah dipengerusikan saudari Vicky Victoria Albert Bush, Pengurus Pi Balingian selaku Ketua Kluster Mukah. Beliau menyampaikan taklimat mengenai prestasi page Menarik di Mukah dan Dalat seterusnya memberikan taklimat pengenalan kepada program terbaharu yang bakal dicadangkan dalam Menarik di Mukah dan Dalat. Selain itu, taklimat statistik Page menarik di Mukah dan Dalat, mengagihkan tugasan kepada petugas-petugas dan menyusun atur jadual pembikinan video dan info mengikut Pi. Kebaikan mesyuarat tersebut ialah :
|
|
BENGKEL ACCELERATED DIGITAL PRENEUR : PEMASARAN PRODUK SECARA ONLINE ANJURAN KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN E-DAGANG, SARAWAK (MiTec)
Tarikh | : 17 – 18 Jun 2019 |
Masa | : 8.00 pagi – 4.00 petang |
Lokasi | : Dewan Serbaguna, Kampung Masjid Balingian |
Peserta | : 6 orang peserta ahli Pusat Internet Kg Sg Ragei (Usahawan) |
Tujuan | |
1. Membimbing usahawan tempatan untuk memasarkan produk secara atas talian. 2. Meningkatkan jualan produk tempatan melalui promosi melalui laman web dan media sosial. 3. Mempelajari pengurusan perniagaan secara atas talian. |
|
Aktiviti | |
Antara aktiviti yang dilakukan semasa program ini adalah taklimat program bengkel oleh urus setia MiTec, pembelajaran modul asas Pemasaran Online, aktiviti secara berkumpulan, pembentangan produk / perkhidmatan dan sesi soal jawab penceramah dengan para peserta.
Kebaikan program tersebut ialah :
|
|
KELAS ICT – MICROSOFT OFFICE (WORD, EXCEL, POWER POINT, PUBLISHER) DAN ADOBE PHOTOSHOP CS6 SECARA PERSENDIRIAN
Tarikh | : 20 Jun 2019 |
Masa | : 9.00 pagi – 11.00 pagi |
Lokasi | : Bilik Latihan Pusat Internet Kg Sg Ragei |
Peserta | : 2 orang peserta |
Tujuan | |
1. Membimbing wanita atau suri rumah untuk belajar ICT. 2. Meningkatkan kemahiran komuniti menggunakan applikasi yang disediakan oleh majikan dan badan pencari kerja secara atas talian. 3. Memperkasakan peranan Pi dalam membantu komuniti setempat meningkatkan sosioekonomi. |
|
Aktiviti | |
Petugas membimbing asas komputer kepada para peserta dan memperkenalkan modul-modul dalam Microsoft Word kepada para peserta. Petugas membimbing asas Microsoft Word kepada para peserta. Antara yang telah dipelajari ialah Formatting Text, Formatting Pictures, Line and Spacing, Inserting Tables dan Inserting SmartArt. Selain itu, petugas juga membimbing asas Adobe Photoshop kepada peserta. Antara yang telah dipelajari ialah asas dan fungsi setiap butang dalam Adobe, Texting dan suntingan imej. Antara modul sampingan adalah mengemaskini Dashboard Komuniti (MyKomuniti, Myshop, Mysoal dan Myplace). Kebaikan kelas tersebut ialah :
|
|
BIMBINGAN KEMASKINI E-RECRUITMENT DAN E-KERAJAAN
Tarikh | : 20 Jun 2019 |
Masa | : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Sg Ragei |
Peserta | : 2 orang peserta ahli Pusat Internet Kg Sg Ragei |
Tujuan | |
1. Membimbing belia tempatan untuk mengemaskini profil dalam laman web permohonan pekerjaan. 2. Meningkatkan kemahiran komuniti menggunakan applikasi yang disediakan oleh majikan dan badan pencari kerja secara atas talian. 3. Memperkasakan peranan Pi dalam membantu komuniti setempat meningkatkan sosioekonomi. |
|
Aktiviti | |
Petugas Pi memberi bimbingan mengemaskini profil dan permohonan jawatan dalam Sarawak e-recruitment serta dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Selain itu, bimbingan dalam mengemaskini profil dan permohonan jawatan dalam laman web Job Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan juga dilakukan oleh petugas. Aktiviti sampingan jugak dilakukan dengan mengemaskini dan mencetak resume pemohon atau peserta. Kebaikan aktiviti ini ialah :
|
|
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB) ADVOKASI 2019
Tarikh | : 26 Jun 2019 |
Masa | : 2.30 petang – 4.30 petang |
Lokasi | : Makmal ICT, SMK Mukah |
Peserta | : 30 orang peserta |
Tujuan | |
1. Memberikan kesedaran kepada para peserta mengenai bahaya penyalahgunaan Internet. 2. Melahirkan generasi digital yang peka, bijak dan bertanggungjawab dalam alam maya. 3. Mendidik peserta supaya memanfaatkan Internet dengan cara yang betul berlandaskan nilai-nilai murni dalam Rukun Negara. |
|
Aktiviti | |
Petugas Pi menyampaikan taklimat mengenai Pusat Internet dan perkhidmatan yang disediakan dan taklimat Program Klik Dengan Bijak (KDB) yang disokong oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Antara tajuk yang disampaikan adalah Buli Siber, Pengantunan Dalam Talian (Online Grooming), Sexting dan Ketagihan Internet. Selepas taklimat diselesaikan, sesi Soal Jawab, Kuiz dan soalan KDB untuk meningkatkan pemahaman peserta dilakukan serta akhir sekalai sesi penggambaran bersama peserta dan guru pengiring. Kebaikan taklimat tersebut ialah :
|
|
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB) ADVOKASI 2019
Tarikh | : 28 Jun 2019 |
Masa | : 8.00 pagi – 10.30 pagi |
Lokasi | : Dewan Kuliah, SK Sungai Badengan, Mukah |
Peserta | : 147 orang pelajar sekolah dan 20 orang ibu bapa pelajar |
Tujuan | |
1. Memberikan kesedaran kepada para peserta mengenai bahaya penyalahgunaan Internet. 2. Melahirkan generasi digital yang peka, bijak dan bertanggungjawab dalam alam maya. 3. Mendidik pelajar-pelajar sekolah dan ibu bapa pelajar untuk bersama-sama mengamalkan kawalan selia kendiri di rumah. |
|
Aktiviti | |
Ceramah Advokasi KDB telah disampaikan oleh Encik Marcos Jalak, Pengurus Pi Kampung Sungai Ragei. Taklimat mengenai Pusat Internet dan perkhidmatan yang disediakan juga turut diterangkan. Ceramah Program Klik Dengan Bijak (KDB) yang disokong oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah disampaikan oleh petugas Pi dan antara tajuk-tajuk yang telah disampaikan adalah Buli Siber, Online Grooming, Overshare dan Ketagihan Internet. Selain itu, sesi Soal Jawab, Kuiz dan soalan KDB untuk meningkatkan pemahaman peserta juga dilakukan untuk meningkatkan pemahaman para peserta. Akhir sekalai, sesi bergambar beramai-ramai juga dilakukan. Kebaikan ceramah ini ialah :
|
|