mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI APRIL 2019

KELAS PERSENDIRIAN : ADOBE PHOTOSHOP CS6

Tarikh : 1 April 2019 sehingga 11 April 2019
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tgh hari
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta   : 2 orang 
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT peserta dengan memperkenalkan kemahiran tambahan Adobe Photoshop CS6.

2. Memberikan pendedahan kemahiran ‘multitasking’ kepada peserta.

3. Meningkatkan kemahiran persaingan kepada lepasan sekolah untuk bersaing dalam dunia pekerjaan.

4. Mengenalpasti usahawan-usahawan baru untuk dibantu melalui ICT.

   
Aktiviti 

Peserta belajar modul pembelajaran yang relevan dengan keperluan pekerjaan semasa untuk kegunaan masa hadapan sebagai ilmu tambahan kepada peserta. Selain itu, pihak petugas Pusat Internet memberikan latihan pengukuhan pembelajaran bagi modul berikut iaitu Adobe Photoshop CS6. 

Kebaikan kelas tersebut ialah :

  • Membantu komuniti meningkatkan pengetahuan dan asas kemahiran ICT.

  • Melengkapkan peserta dengan keperluan ‘soft skill’ atau ‘multitasking’ sebelum menempuh alam pekerjaan.

  • Mewujudkan peluang pembelajaran secara kondusif dan selesa kepada para peserta.

  • Meningkatkan ilmu pengetahuan tentang Adobe Photoshop CS6 dalam mengedit gambar yang menarik.

Antara peserta-peserta kelas ini adalah :

  1. CHRISTMAS ARDILLA AK TIK
  2. EDWIN WEI AK KEDOK

Gambar Disini


PROGRAM RANDAU PEMBANGUNAN SOSIAL SIRI 5/2019 BAHAGIAN MUKAH

Tarikh : 13 – 14 April 2019
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Lokasi : Balairaya Kampung Senau, Oya
Peserta   : Terbuka kepada Komuniti Kampung Senau dan sekitar kawasan tersebut. (Kategori : Wanita, Belia, Warga Emas, Usahawan & Kanak-kanak)
Tujuan 

1. Mempromosikan perkhidmatan pusat internet kepada komuniti setempat.

2. Meningkatkan keahlian pusat internet.

3. Menggalakkan komuniti terlibat dalam dashboard komuniti dan program e-waste. 

4. Menjalin kerjasama dengan agensi-agensi luar dalam menganjurkan program.

   
Aktiviti 

Aktiviti ini lebih kepada pameran promosi Pusat Internet sekitar Zon Mukah dan Dalat kepada komuniti setempat.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah 

  1. Program e-Waste;
  2. Tayangan Video Kisah Kejayaan Pusat Internet;
  3. Tayangan Video Menarik di Mukah dan Dalat;
  4. Saringan Kesihatan MyHealth;
  5. Pendaftaran Ahli Baru;
  6. Memperkenalkan perkhidmatan Pusat Internet;
  7. Taklimat ringkas aplikasi Dashboard Komuniti (DK);
  8. Kuiz Klik Dengan Bijak;
  9. Pertandingan Meneka Bilangan Gula-gula dalam balang;
  10. Like fb page Menarik di Mukah dan Dalat.

 

Kebaikan aktiviti tersebut adalah:

  • Mewujudkan kerjasama dengan agensi luar berkaitan sekaligus memupuk mengeratkan silaturahim antara kedua-dua agensi.

  • Mengenalpasti prospek untuk menambah keahlian dan target group untuk menjalankan aktiviti pada masa akan datang.

  • Memperkenalkan Pusat Internet kepada orang luar dan mampu menarik peserta untuk menggunakan kemudahan di Pusat Internet.

  • Memperkenalkan Program E-waste yang diadakan di setiap Pusat Internet.

Gambar Disini


BENGKEL PERDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK (ROSES)

Tarikh : 24 April 2019
Masa : 8.00 pagi – 5 petang 
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta   : 31 orang peserta yang hadir daripada 40 pertubuhan
Tujuan 

1. Mengemaskini maklumat pertubuhan, persatuan, kelab dan badan-badan berdaftar di Bahagian Mukah secara atas talian.

2. Menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat kepada para peserta mengenai cara-cara mengisi maklmumat dalam laman web ROSES.

3. Menggalakkan komuniti merancang dan melaksanakan aktiviti atau program dengan lebih sistematik dan berkesan.

   
Aktiviti 

Pihak pegawai Pendaftar Pertubuhan (ROS) memberikan taklimat kepada peserta mengenai peranan ROS dan taklimat penggunaan applikasi ROSES. Taklimat pengenalan Pusat Internet oleh Puan Agatha Wisterina, Penolong Pengurus Pi dan mempromosikan aktiviti-aktiviti yang ada dijalankan di Pi. 

Kebaikan aktiviti tersebut iaitu :

  • Petugas Pi dapat memperkenalkan Pi kepada komuniti yang baharu pertama kali datang ke Pi dan memberikan taklimat ringkas mengenai perkhidmatan yang ada disediakan.

  • Bengkel ini dapat menjalinkan hubungan erat dengan agensi-agensi kerajaan, NGO, swasta dan komuniti setempat sekaligus mampu memberi kesan yang positif kepada keberkesanan penganjuran program-program pada masa akan datang.

Gambar Disini