KELAS PERSENDIRIAN ADOBE PHOTOSHOP CS6 & MICROSOFT OFFICE 2010
Tarikh | : 10 Mac 2019 sehingga 31 Mac 2019 |
Masa | : 9.00 pagi – 12.00 tgh hari & 2.00 petang – 4.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Sg Ragei |
Peserta | : 6 orang |
Tujuan | |
1. Meningkatkan kemahiran ICT peserta dengan memperkenalkan kemahiran tambahan Adobe Photoshop. 2. Memberikan pendedahan kemahiran ‘multitasking’ kepada peserta. 3. Meningkatkan kemahiran persaingan kepada lepasan sekolah untuk bersaing dalam dunia pekerjaan. 4. Menghadiri jemputan daripada Pusat Kemahiran yang beroperasi di Mukah. 5. Mengeksplorasi kerjasama-kerjasama yang boleh dijalinkan dengan pihak agensi kemahiran di Mukah. 6. Mengenalpasti usahawan-usahawan baru untuk dibantu melalui ICT. |
|
Aktiviti | |
Peserta belajar modul pembelajaran yang relevan dengan keperluan pekerjaan semasa untuk kegunaan masa hadapan sebagai ilmu tambahan kepada peserta.Selain itu, pihak petugas Pusat Internet memberikan latihan pengukuhan pembelajaran bagi modul berikut iaitu Microsoft Office 2010 dalam Word, Excel, PowerPoint & Publisher 2010 beserta Adobe Photoshop CS6. Kebaikan kelas tersebut ialah :
Antara peserta-peserta kelas ini adalah :
|
|
PELANCARAN KEMPEN MOBILE E-WASTE DI PUSAT INTERNET KAMPUNG SUNGAI RAGEI
Tarikh | : 20 Mac 2019 |
Masa | : 10.00 pagi – 11 pagi |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Sg Ragei |
Peserta | : 7 orang |
Tujuan | |
1. Mempromosikan kempen Mobile e-Waste kepada komuniti setempat. 2. Mewujudkan kesedaran mengenai penjagaan alam sekitar dan mengelakkan pembuangan e-sisa secara berleluasa. 3. Menggalakkan komuniti membuang peralatan elektronik khasnya telefon bimbit, pengecas, tablet dan kamera digital di tempat yang betul dan selamat. |
|
Aktiviti | |
Kempen ini memberikan saguhati berbentuk woven bag kepada pengguna yang mendermakan barang e-sisa atau mobile e-waste mereka. Dengan adanya pengumpulan mobile e-waste (small devices) yang dilaksanakan di Pi sebelum diserahkan kepada pihak MCMC. Ia juga dapat mempromosikan kempen tersebut melalui media sosial seperti Facebook dengan menyediakan kotak khas yang dibekalkan oleh pihak MCMC di Pi bagi memudahkan pengguna menghantar atau mengitar semula e-sisa. Terdapat 7 orang peserta terkumpul sepanjang kempen ini berlangsung. Kebaikan aktiviti tersebut iaitu :
|
|
LAWATAN PUSAT INTERNET KE USAHAWAN TEMPATAN : MANIH BAKERY
Tarikh | : 21 Mac 2019 |
Masa | : 10.00 pagi – 11.00 pagi |
Lokasi | : Manih Bakery, Kampung Tutus Hilir, Mukah |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan | |||||||||||||
1. Memperkenalkan perkhidmatan Pusat Internet (Pi) kepada komuniti setempat. 2. Menggalakkan komuniti menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan desa dengan memfokuskan kepada hobi yang boleh menjana pendapatan. 3. Membimbing usahawan tempatan dalam aspek membuat promosi dan pemasaran. |
|||||||||||||
Aktiviti | |||||||||||||
Berkenalan dengan pemilik Manih Bakery dan menggalakkan beliau mendaftar sebagai ahli Pi. Sebelum ini, adik beliau memperkenalkan Manih Bakery kepada petugas Pi. Petugas memberikan penerangan mengenai peranan dan fungsi Pi dalam membangunkan komuniti setempat terutama dalam bidang keusahawanan. Ia dapat membantu pemilik premis untuk mempromosikan produk buatan Manih Bakery dengan membuat flyers dan brosur dengan kadar yang berpatutan dan membantu mempromosikan dalam media sosial iaitu Facebook. Pusat Internet Kg Sg Ragei ingin memasukkan Manih Bakery sebagai prospek usahawan berjaya seterusnya mengemaskini data beliau dalam Dashboard Komuniti dan MyComms. Kebaikan aktiviti tersebut adalah:
|
|||||||||||||
PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MEMBUAT LAYANG-LAYANG SEMPENA CUTI SEKOLAH
Tarikh | : 28 Mac 2019 |
Masa | : 3.00 petang – 4.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Sg Ragei |
Peserta | : 4 orang |
Tujuan | |
1. Menggalakan aktiviti sosial dan kemasyarakatan dalam kalangan ahli Pi. 2. Mengangkat hobi zaman tanpa gajet dan membentuk silaturahim dalam kalangan peserta. 3. Mengisi masa lapang para pelajar sekolah dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah di samping menambah pengetahuan di luar akademik. |
|
Aktiviti | |
Pertandingan membuat layang-layang ini dikendalikan oleh Puan Agatha Wisterina, Penolong Pengurus Pi Kampung Sungai Ragei selaku penyelaras aktiviti yang telah dimulakan pada awal bulan lepas bagi menarik penyertaan dalam kalangan belia. Menguji layang-layang yang telah siap dibuat di lapangan dan dinilai mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Ia dapat memberikan galakkan kepada peserta untuk memanfaatkan Dashboard Komuniti (DK) dengan memuatnaik aktiviti tersebut dalam DK masing-masing. Aktiviti sampingan adalah memperkenalkan perkhidmatan Pusat Internet dan taklimat ringkas aplikasi Dashboard Komuniti (DK). Kebaikan kelas tersebut ialah :
|
|