mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI FEBRUARI 2019

KELAS PERSENDIRIAN ADOBE PHOTOSHOP CS6 & MICROSOFT OFFICE 2010

Tarikh : 1 Februari 2019 sehingga 28 Februari 2019
Masa : 10.00 pagi – 12.30 tgh hari & 2.30 petang – 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta   : 1 orang 
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT peserta dengan memperkenalkan kemahiran tambahan Adobe Photoshop.

2. Memberikan pendedahan kemahiran ‘multitasking’ kepada peserta.

3. Meningkatkan kemahiran persaingan kepada lepasan sekolah untuk bersaing dalam dunia pekerjaan.

   
Aktiviti 

Cik Supang datang ke Pusat Internet untuk kelas Adobe Photoshop CS6 dan Microsoft Office 2010 yang dibimbing oleh Pengurus & Penolong Pengurus. Jumlah kelas tidak ditetapkan tetapi beliau perlu menghabiskan jam kredit 10 jam untuk mendapatkan sijil. Subjek Microsoft Office 2010 adalah Microsoft Word, Excel, PowerPoint & Publisher. 

Kebaikan kelas tersebut ialah :

  • Dapat menimba ilmu baru dalam pekerjaan Kerani.
  • Kelas ini memberikan kemahiran baru kepada peserta di mana peserta boleh mencipta logo untuk perniagaan sendiri dan memberi ilmu baru kepada peserta.

  • Peserta juga mampu membuat banner promosi sendiri dengan menggunakan applikasi ini sekaligus dapat menjimatkan kos untuk mengupah orang lain.

Gambar Disini

 


MESYUARAT KLUSTER MUKAH (FB PAGE MENARIK DI MUKAH & DALAT)

Tarikh : 15 Februari 2019
Masa : 9.30 pagi – 12 tengah hari 
Lokasi : Pusat Internet Balingian
Peserta   : 7 orang 
Tujuan 

1. Membincangkan hala tuju dan perancangan Kluster Mukah.

2. Menyelaras aktiviti kluster untuk 2019.

3. Membuat pembahagian tugas dalam kalangan ahli

   
Aktiviti 

Antara kandungan mesyuarat tersebut adalah:

1. Membincangkan pembahagian tugas antara tugas;
2. Membincangkan perancangan penggambaran;
3. Membincangkan hal-hal lain yang berkaitan seperti pengurusan dan tuntutan perjalanan;
4. Pembentangan laporan Mesyuarat Ketua Kluster di Miri;
5. Pembentangan idea-idea kandungan menarik.

Kebaikan aktiviti tersebut iaitu :

  • Mesyuarat ini akan menyelaras perancangan aktiviti kluster sepanjang 2019 untuk memudahkan pelaksanaannya. 
  • Menambahbaik kualiti kandungan ‘page’ dan kualiti video. 
  • Menambahkan bilangan ‘follower’ dan jumlah ‘likes’ seperti yang disarankan oleh MCMC.

Gambar Disini

 


JEMPUTAN PUSAT INTERNET MENGHADIRI MAJLIS PELANCARAN CENTEXS -SMA SAFARI (MUKAH)

Tarikh : 16 Februari 2019
Masa : 2.00 petang – 5.00 petang
Lokasi Dewan Suarah Mesra, Mukah
Peserta   : 8 orang 
Tujuan 

1. Menghadiri jemputan daripada Pusat Kemahiran yang beroperasi di Mukah.

2. Mengeksplorasi kerjasama-kerjasama yang boleh dijalinkan dengan pihak agensi kemahiran di Mukah.

3. Mengenalpasti usahawan-usahawan baru untuk dibantu melalui ICT.

   
Aktiviti 

Antara aktiviti yang diadakan adalah :

1. Pameran CENTEXS

2. Taklimat CENTEXS

3. Pelancaran Majlis CENTEXS – SMA Safari (Mukah) oleh Encik Shafrie Bin Saili mewakili Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Wanita, Kesejahteraan Komuniti dan Pembangunan Kanak-kanak, Sarawak.

Kebaikan aktiviti tersebut adalah:

  • Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan di Bahagian Mukah.
  • Membuka peluang kepada para petugas untuk berkenalan dengan komuniti dan mencari prospek baru.
  • Menggalakkan usahawan Pi yang terlibat untuk memohon geran yang disediakan oleh kerajaan.

 

JADUAL TENTATIF PROGRAM ** TEKAN DI SINI **

Gambar Disini