mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OGOS 2018

MONTHLY INHOUSE TRAINING – MENARIK DI MUKAH DAN DALAT BAGI KLUSTER MUKAH 

Tarikh : 7 OGOS 2018
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta : 7 orang petugas Pusat Internet
Tujuan 

1. Berkongsi idea untuk menambahbaik page Facebook Menarik di Mukah dan Dalat.

2. Menyelaras tugas-tugas Pusat Internet yang telah dilantik dan bantu membantu dalam menyelesaikan masalah.

3. Mewujudkan kerjasama berpasukan dalam kalangan PI yang terlibat dalam projek kluster.

   
Aktiviti 

Perbincangan secara mendalam mengenai pertandingan, kuiz atau peraduan dalam page untuk menarik pengunjung laman rasmi FB. Membuat editing pada video dan photo yang dipilih sebagai info menarik bulanan. Taklimat untuk penyelarasan tugas-tugas setiap Pi disampaikan oleh En Marcos ak Jalak, Pengurus PI Kg Sg Ragei selaku ketua kluster. Percambahan idea untuk menaikkan likes Page Facebook Menarik di Mukah dan Dalat. Selain itu, hands on belajar cara-cara asas editing video dan photo menggunakan software tertentu.

Kebaikan aktiviti iaitu :

  • Mewujudkan kerjasama berpasukan dalam kluster Mukah.

  • Menyelesaikan masalah yang masih tergendala dengan segera kerana adanya bantuan rakan-rakan dalam pasukan.

  • Mampu memberikan impak yang positif terhadap popularity page Menarik di Mukah dan Dalat.

Gambar Disini


PERTANDINGAN STREET SOCCER 4 ON 4 ANJURAN PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SARAWAK (PPKS) DENGAN KERJASAMA PUSAT INTERNET (PI) KG SG RAGEI

Tarikh : 15 OGOS 2018
Masa : 2.00 petang – 5.00 petang
Lokasi : Gelanggang Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) belakang Pusat Internet Kampung Sungai Ragei
Peserta : 8 orang peserta
Tujuan 

1. Mengeratkan silaturahim antara Pusat Internet dengan agensi luar.

2. Mempromosikan perkhidmatan yang disediakan oleh PI kepada komuniti luar.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti sihat dalam kalangan belia dan membina jaringan kerjasama antara jabatan.

   
Aktiviti 

Peserta membentuk pasukan masing-masing yang terdiri daripada 2 pasukan bertanding yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah atas dan belia-belia kampung yang juga merupakan ahli-ahli Pusat Internet. Dimulai dengan taklimat penganjuran oleh pihak PPKS selama 15 minit dan cabutan undi untuk jadual perlawanan telah diadakan pada 7hb Ogos yang lepas. dan selepas itu pertandingan dimulakan. Pasukan jemputan ialah pasukan daripada Pusat Internet Kampung Sungai Ragei.

Kebaikan aktiviti ini adalah :

  • Mewujudkan kerjasama dengan agensi luar berkaitan sekali gus memupuk mengeratkan silaturahim antara kedua-dua agensi.
  • Mengenalpasti prospek untuk menambah keahlian dan target group untuk menjalankan aktiviti pada masa akan datang.
  • Memperkenalkan Pusat Internet kepada orang luar dan mampu menarik peserta untuk menggunakan kemudahan di Pusat Internet.

Gambar Disini


BENGKEL MEMBUAT LIPSTIK DAN SABUN ANJURAN MINI RTC TELLIAN TENGAH DENGAN KERJASAMA PUSAT INTERNET KG SG RAGEI 

Tarikh : 18 OGOS 2018
Masa : 9.00 pagi – 3.00 petang
Lokasi : Mini RTC Tellian Tengah, Mukah
Peserta : 20 orang peserta
Tujuan 

1. Mempelajari teknik membuat lipstik dan sabun mandi.

2. Menghasilkan produk Industry Kecil Sederhana (IKS) jenama sendiri.

3. Mewujudkan budaya keusahawanan dalam kalangan peserta.

   
Aktiviti 

Taklimat pengenalan Pusat Internet oleh Marcos Jalak, Pengurus Pusat Internet Kampung Sungai Ragei. Taklimat daripada urus setia mengenai aturcara bengkel. Pengenalan lipstick dan sabun serta bahan-bahan pembuatan daripada tenaga pengajar. Selepas itu, hands on belajar cara-cara menghasilkan lipstick dan sabun mandi.

Kebaikan aktiviti iaitu :

  • Meningkatkan kemahiran peserta bagi yang berminat menghasilkan produk-produk kecantikan dan kesihatan.

  • Meningkatkan kemahiran keusahawanan dengan mempelajari ilmu yang baharu

Gambar Disini