USAHAWAN KECIL-KECILAN : BUN & CAKE HOUSE (HOMEMADE)
Nama | : Cik Nursahira binti Ismail |
Umur | : 21 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Cik Nursahira mula berjinak-jinak dalam pembuatan kek dan roti pada 4 tahun lepas selepas belajar daripada saudara yang sudah lama berniaga. Daripada pengalaman beberapa tahun, beliau mencuba sendiri untuk suka-suka, diberi kepada kawan-kawan sehinggalah menerima tempahan daripada pelanggan sehingga sekarang. Beliau kini fokus kepada pembuatan Roti Bun Kelapa Parut dan Kek Hari Jadi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Cik Nursahira mempromosikan kek dan rotinya melalui pelanggan dan kawan-kawan. Oleh kerana kekangan masa, beliau tidak berkesempatan untuk promosikan produk secara online.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pendapatan hasil perniagaan roti dan kek yang dibuat Cik Nursahira bertambah 50% selepas beliau mempromosikan melalui applikasi Whatssap, Wechat dan Myshop Dashboard Komuniti. Ramai pelanggan yang menempah pada musim perayaan dan pada waktu cuti sekolah.
Setakat beliau amat berpuas hati dengan platform Myshop kerana ramai kawan-kawannya sudah menjadi pelanggan tetap selepas beliau berkongsikan mengenai produk bun dan kek dalam applikasi tersebut. Selepas ini beliau berhajat untuk membuka akaun Instagram dan Facebook untuk mengembangkan lagi perniagaannya selari dengan kehendak semasa.
Pusat Internet adalah pilihan terbaik kerana bukan sahaja perkhidmatannya murah tetapi berkualiti dan sangat membantu golongan usahawan muda seperti beliau untuk mengembangkan perniagaan kecil-kecilan ini menjadi perniagaan yang lebih besar suatu hari kelak.
Bimbingan kelas ICT, bengkel Online Business menyediakan usahawan baru untuk lebih kreatif dan membolehkan mereka berdikari.
Applikasi Myshop banyak membantu beliau mengenali selok belok mengenai perniagaan atas talian. Selain percuma, applikasi ini mempunyai prospek pelanggan yang luas dan terjamin dari segi keselamatan maklumat serta privasi.