mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI MEI 2018

KELAS ICT : MICROSOFT OFFICE 2010 & ADOBE PHOTOSHOP CS6 

Tarikh : 2 MEI 2018 – 18 MEI 2018
Masa : 9.30 pagi – 12.00 tengah hari
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta : 2 orang peserta
Tujuan 

1. Mempelajari modul asas dalam Microsoft Office iaitu, Word, Excel, Power Point dan Publisher.

2. Mempelajari modul Adobe Photoshop CS6.

3. Mempelajari teknik asas editing gambar menggunakan Adobe Photoshope

4. Mengasah kemahiran ICT peserta untuk persediaan sebelum melanjutkan pelajaran atau bekerja. 

   
Aktiviti 

Peserta mengikuti kelas ICT dan diajar secara bergilir gilir oleh petugas Pusat InternetPeserta diberikan latihan pengukuhan setelah tamat sesi latihan untuk memantapkan pemahaman peserta mengenai konsep modul yang diajar.Peserta diberikan bimbingan percuma dan hanya perlu membayar yuran RM5 untuk menjadi ahli Pusat Internet.

Kebaikan kelas ini iaitu :

  • Memantapkan kemahiran peserta dalam menguasai modul Microsoft Word, Power Point, Excel dan Publisher.
  • Sebagai persediaan mereka ketika menyambung pengajian atau digunakan semasa mereka bekerja.

Gambar Disini


BENGKEL SABUN KECANTIKAN DAN SABUN PENCUCI

Tarikh : 26 MEI 2018
Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta : 18 orang peserta
Tujuan 

1. Mempelajari asas membuat sabun kecantikan dan sabun pencuci.

2. Menggalakkan aktiviti kemahiran dan perniagaan daripada rumah.

3. Menggalakkan peserta mempamerkan kemahiran dan menerapkan promosi produk melalui ICT. 

   
Aktiviti 

Penceramah jemputan untuk bengkel kali ini ialah Encik Samuel ak Anthony China yang berasal dari Selangau, Sibu. Peserta diberikan taklimat ringkas mengenai jadual program dan pengenalan kepada Mini RTC dan Pusat Internet. Para peserta diberi peluang melihat demo membuat sabun oleh penceramah selain turut melakukan praktikal secara individu untuk memahami cara-cara pembuatan sabun menggunakan bahan-bahan yang disediakan. Pusat Internet diwakili oleh Puan Agatha Wisterina Stephen, Penolong Pengurus Pusat Internet Kg Sg Ragei.

Taklimat sampingan iaitu :

1. Taklimat pengenalan Mini RTC

2. Taklimat pengenalan Dashboard Komuniti oleh pihak Pusat Internet.

Kebaikan aktiviti ini iaitu :

  • Memantapkan kemahiran peserta dalam aspek kemahiran yang boleh dibuat dirumah.
  • Produk sabun yang dihasilkan boleh dijual dan dipasarkan secara offline atau online.
  • Kemahiran peserta membuat sendiri dalam pembuatan sabun ini boleh digunakan untuk mengajar orang lain dan peserta sendiri boleh menjana pendapatan daripada kelas yang diadakan.

Gambar Disini