mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI APRIL 2018

KELAS DEMO MEMBAIKI KOMPUTER

Tarikh : 21 APRIL 2018
Masa : 2.00 petang – 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta : 4 orang peserta
Tujuan 

1. Memberikan demo cara membersihkan perkakasan dalam komuputer iaitu dalam hard disk. 

2. Memahami punca-punca utama kerosakan komputer dan cara-cara mengatasinya.

3. Meningkatkan kemahiran pelajar mengenai komputer dan cara mudah membaiki komputer.

   
Aktiviti 

Aktiviti ini adalah demo cara membuka dan mengenalpasti kerosakan hard disk disampaikan oleh Puan Agatha Wisterina, Penolong Pengurus Pusat Internet Kg Sg Ragei. Selepas melihat demo, para peserta mencuba sendiri secara hands-on atau praktikal asas – asas membaiki kerosakan tersebut.

Melalui kelas demo ini, para peserta lebih memahami fungsi-fungsi elektronik yang terdapat dalam hard disk. Aktiviti ini telah meningkatkan kemahiran pelajar mengenai komponen yang terdapat dalam hard disk dan cara-cara mengurangkan risiko kerosakan.

Gambar Disini


PERJUMPAAN PI1M BERSAMA SUKARELAWAN

Tarikh : 22 APRIL 2018
Masa : 2.00 petang – 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta : 10 orang peserta
Tujuan 

1. Membincangkan peranan dan tanggungjawab sukarelawan Pusat Internet.

2. Menyampaikan taklimat berkenaan program mobile e-waste sempena Kaul Mukah 2018 di tapak Kaul.
3. Membantu pihak PI mencapai sasaran KPI yang telah ditetapkan.

   
Aktiviti 

Perbincangan bersama sukarelawan-sukarelawan Pusat Internet mengenai peranan dan tanggungjawab yang perlu dimainkan di Pusat Internet dan di luar Pusat Internet. Selain itu, pihak petugas PI merancang aktiviti Mobile e-Waste sempena Kaul Mukah 2018 di tapak Kaul.

Antara Kebaikan Aktiviti ini adalah:

1. Memberi kesedaran kepada sukarelawan bahawa Pusat Internet adalah tanggungjawab bersama untuk menjaganya dari pelbagai aspek.

2. Meningkatkan kerjasama antara Pusat Internet dengan Komuniti.

Gambar Disini