mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI MAC 2018

GOTONG-ROYONG PUSAT INTERNET

Tarikh : 10 MAC 2018
Masa : 2.00 petang – 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta : 22 orang peserta
Tujuan 

1. Menyemai sikap kebertanggungjawaban dan kepunyaan dalam kalangan ahli PI terutama remaja bahawa PI adalah milik bersama.

2. Mewujudkan persekitaran PI yang lebih kondusif supaya sesi pembelajaran dan aktiviti ICT dapat dijalankan dengan baik dengan persekitaran yang bersih, kemas dan cantik.

3. Mewujudkan kerjasama yang erat dan menjalin silaturahim di antara PI dengan komuniti setempat.

   
Aktiviti 

Peserta dibahagikan kepada kumpulan kecil dan melaksanakan pembersihan mengikut tetapan daripada Pengurus PI.

Antara tugasan yang dibahagikan ialah:
1. Menyapu lantai
2. Mengemop lantai
3. Mencuci tandas, bilik air
4. Mencuci akuarium
5. Mengutip sampah
6. Membersihkan penghawa dingin
7. Mengelap habuk dan sarang labah-labah di sekitar PI
8. Membuang barangan yang tidak digunakan lagi
9. Mengelap tingkap dan PC
10. Menyusun atur peralatan dan perabot PI
11. Membersihkan longkang dan menyiram bunga

Setelah aktiviti gotong royong dijalankan, keadaan PI bertambah bersih, kemas dan cantik. Melalui aktiviti ini, sikap kerjasama dan tanggungjawab ahli terhadap PI bertambah baik dan telah wujud kesedaran bahawa pentingnya menjaga harta benda awam dan menjaga kebersihan.

Gambar Disini


PERTANDINGAN MENAIP DENGAN PANTAS SEKOLAH RENDAH & SEKOLAH MENENGAH

Tarikh : 19 MAC 2018
Masa : 2.00 petang – 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta : 13 orang peserta
Tujuan 

1. Mengasah kemahiran pelajar dalam aspek menaip.

2. Menggalakkan para pelajar mengikuti kelas latihan ICT di PI selepas tamat aktiviti di sekolah.

3. Meningkatkan jumlah jam latihan dan peserta sekaligus menambahkan KPI semasa.

   
Aktiviti 

Aktiviti ini lebih kepada menguji kemahiran menaip dengan pantas para peserta dalam ilmu ICT dengan menggunakan laman web menaip iaitu www.10fastfingers.com  .

Kebaikan aktiviti ini iaitu :

  • Menggalakkan pelajar sekolah mempelajari ilmu ICT dengan lebih mendalam.
  • Menerapkan nilai persaingan yang sihat dalam kalangan generasi muda.

Gambar Disini bagi peserta sekolah rendah

Gambar Disini bagi peserta sekolah menengah


KELAS ICT : MICROSOFT OFFICE 2010 PADA SEPANJANG BULAN MAC 2018

Tarikh : 1 Mac 2018 – 31 Mac 2018
Masa : 9.30 pagi – 12.00 tengah hari
Lokasi : Bilik Latihan ICT PI Kg Sg Ragei
Peserta : 3 orang pelajar
Tujuan 

1.Memberi kekmahiran kepada peserta untuk mempelajari penggunaan Microsoft Office (Word, Excel, Power Point dan Publisher).

2. Menggalakkan peserta bertanya secara terus dengan petugas sekiranya ada pertanyaan berkenaan modul yang diajar.

3. Mendedahkan para peserta dengan asas komputer dan perisian yang digunakan.

   
Aktiviti 
  • Microsoft Office 2010 – Word, Excel, PowerPoint & Publisher
  • Sesi Soal Jawab oleh pelajar

Gambar Disini