mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI FEBRUARI 2018

PERTANDINGAN MENGUBAHSUAI BASIKAL 2017 : BAHAN KITAR SEMULA

Tarikh : 10 FEBRUARI 2018
Masa : 3.30 petang
Lokasi : Pi1M Kg Sg Ragei
Peserta : 3 orang peserta
Tujuan 

1. Menggalakkan para peserta untuk menunjukkan bakat dalam bidang seni kreatif. 

2. Mewujudkan kesedaran kepada ahli PI para peserta mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan kepentingan untuk mengitar semula bahan. 

3. Menggalakkan para peserta terutamanya pelajar sekolah untuk mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. 

4. Menghargai sumbangan ahli PI dalam membantu PI mencapai sasaran KPI sepanjang 2017.

   
Aktiviti 

Pertandingan ini telah diadakan mulai 28 Oktober 2017 sehingga 31 Disember 2017 dan terbuka kepada ahli PI berdaftar sahaja. Pertandingan ini bertemakan Barangan Kitar Semula dan digubah mengikut kreativiti para peserta. Hadiah pemenang ialah goodies beg beserta wang tunai dan sijil penyertaan yang disumbangkan oleh Yang Berhormat Encik Abdul Yakub bin Haji Arbi ADUN N.58 Balingian.

Kebaikan aktiviti ini iaitu :

  • Mengalakkan ahli PI dan komuniti untuk menggunakan perkhidmatan di PI seterusnya sebagai pusat transformasi kecemerlangan.
  • Mewujudkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap alam sekitar.
  • Membina jalinan erat antara PI dan komuniti setempat.

Pemenang Pertandingan ini adalah seperti berikut :

1. Pertama = ADIK HANIF ZAHWAN BIN OTHMAN

2. Kedua = ADIK AQMAL AIDID BIN MOHD PANDI

3. Ketiga = ADIK AZDLY IKQBAR BIN SEBELI

Gambar Disini


PERTANDINGAN DASHBOARD KOMUNITI 2017 (MYPLACE & MYHEALTH)

Tarikh : 2 FEBRUARI 2018
Masa : 3.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta : 20 orang peserta
Tujuan 

1. Menyampaikan hadiah kepada pemenang yang aktif dan komited membantu PI.

2. Memberi galakkan kepada ahli PI untuk lebih lagi melibatkan diri dalam apa jua program yang dianjurkan.

3. Menghargai sumbangan ahli PI dalam meningkatkan KPI PI sepanjang 2017.

   
Aktiviti 

Modul Myhealth merupakan salah satu komponen dalam applikasi Dashboard Komuniti yang dibangunkan oleh MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd. Myhealth boleh digunakan untuk saringan kesihatan (tekanan darah) pengguna menggunakan peralatan yang disediakan seperti mini ipad, blood pressure tester. Para pengguna akan merekodkan tekanan darah mereka dalam applikasi ini di PI. Pengguna-pengguna yang terbanyak menggunakan applikasi ini akan diumumkan sebagai pemenang untuk tahun 2017.

Modul Myplace pula merupakan applikasi yang membolehkan pengguna mempromosikan tempat-tempat menarik di kawasan sekitar PI. Selain itu, para pengguna boleh juga mempromosikan produk-produk yang berpotensi di kawasan masing-masing. Pengguna-pengguna yang paling banyak memuatnaik lokasi dan produk akan dikira sebagai pemenang untuk 2017.

Kebaikan aktiviti ini iaitu :

  • Mengalakkan ahli PI dan komuniti menggunakan applikasi digital sebagai satu wadah baru dalam membangunkan sosioekonomi penduduk setempat.
  • Membuka ruang kepada ahli PI untuk meningkatkan kemahiran ICT. 

Gambar Disini


PERTANDINGAN FOTOGRAFI : ALAM SEKITAR

Tarikh : 2 FEBRUARI 2018
Masa : 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta : 3 orang peserta
Tujuan 

1. Mencungkil bakat peserta yang berkemahiran dalam bidang fotografi untuk diketengahkan pada masa hadapan.

2. Mewujudkan kesedaran kepada ahli PI para peserta mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

3. Menggalakkan para peserta terutamanya pelajar sekolah untuk mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.

4. Menghargai sumbangan ahli PI dalam membantu Pi1M mencapai sasaran KPI sepanjang 2017.

   
Aktiviti 

Pertandingan ini telah diadakan mulai 2 Disember 2017 sehingga 31 Disember 2017 dan terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah menengah. Pertandingan ini bertemakan Alam Sekitar dan para peserta boleh mengambil gambar mengenai keindahan alam menggunakan apa sahaja jenis kamera dan telefon pintar. Juri pertandingan ini terdiri daripada petugas-petugas PI di daerah Dalat dan Mukah.  Pertandingan ini menawarkan hadiah hamper dan wang tunai yang disumbangkan oleh Yang Berhormat Encik Abdul Yakub bin Haji Arbi ADUN N.58 Balingian.

Kebaikan aktiviti ini iaitu :

  • Mengalakkan ahli PI dan komuniti untuk menggunakan perkhidmatan di PI seterusnya sebagai pusat transformasi kecemerlangan.

  • Mewujudkan nilai yang seimbang terhadapa alam sekitar

  • Membina jalinan erat antara PI dan komuniti setempat.

PEMENANG :

NO.

NAMA PESERTA

1

AWG FARHAN BIN AWG JAAPAR

2

ADLI BIN MUSA

3

MUHD AFIQ BIN MOHD ANAZIM

Gambar Disini