KIDVENTURE : WEBINAR PERANCANGAN KEWANGAN

Laporan Aktiviti | 31 October 2025

📘 TAJUK: Program KidVenture – Perancangan Kewangan
📅 TARIKH: Sabtu, 25 Oktober 2025
MASA: 10.00 pagi – 11.00 pagi
📍 TEMPAT: Pusat NADI Kampung Sungai Ragei

Program KidVenture bertajuk Perancangan Kewangan ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan mengurus wang dengan bijak. Sesi ini merangkumi penerangan asas tentang tabungan, bajet perbelanjaan, dan pengurusan kewangan peribadi yang sesuai dengan usia pelajar. Aktiviti ini dijalankan secara interaktif bagi menggalakkan pelajar memahami nilai tanggungjawab dan membuat keputusan kewangan yang bijak sejak awal.