AKTIVITI
NADI Kampung Sungai Ragei telah mengadakan Tiny Techies : Bengkel Unboxing Kit Tiny Techies Robotik pada 9 Ogos & 13 Ogos 2025, Sabtu & Rabu bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi & 3.00 petang sehingga 4.00 petang.
TUJUAN
Objektif Bengkel Tiny Techies: Bengkel Unboxing Kit Tiny Techies Robotik telah dijalankan bagi memberi pendedahan awal kepada peserta tentang asas robotik melalui aktiviti membuka, mengenal pasti dan memasang komponen kit seperti motor, roda, sensor dan papan kawalan. Sepanjang bengkel, peserta berpeluang membina robot ringkas secara praktikal sambil mempelajari fungsi setiap komponen. Program ini berjaya meningkatkan minat terhadap bidang robotik, menggalakkan kreativiti serta memberi pengalaman hands-on yang bermanfaat kepada semua peserta.
