AKTIVITI
NADI Kampung Sungai Ragei telah mengadakan Tiny Techies : Bengkel Microbit & Robotik pada 2 Ogos & 5 Ogos 2025, Sabtu & Selasa bermula pada jam 2.00 petang sehingga 3.00 petang.
TUJUAN
Objektif Bengkel Tiny Techies: Bengkel Asas Micro:bit memberi pendedahan awal kepada peserta tentang penggunaan papan litar Micro:bit dan asas pengaturcaraan menggunakan Microsoft MakeCode. Peserta diperkenalkan kepada fungsi asas seperti LED display, butang, dan sensor, serta melakukan aktiviti praktikal seperti paparan mesej, permainan dadu digital, dan projek mini. Bengkel ini bertujuan meningkatkan minat terhadap STEM, melatih kreativiti, serta mengasah kemahiran menyelesaikan masalah. Hasilnya, peserta berjaya memahami asas pengaturcaraan, membina projek ringkas, dan lebih yakin menggunakan teknologi dalam aktiviti harian.
