NADI DILEA : OPEN LIVE CLASS SEJARAH
AKTIVITI
NADI Kampung Sungai Ragei telah mengadakan NADI x DiLEA: Open Live Class Sejarah pada 17 Julai 2025, Khamis bermula pada jam 03.30 petang sehingga 04.30 petang.
TUJUAN
Program ini dilaksanakan sebagai inisiatif memperluas akses pendidikan digital kepada pelajar sekolah menengah, khususnya pelajar Tingkatan 4 dan 5. Sesi ini bertujuan memberikan sokongan tambahan kepada pelajar dalam subjek Sejarah melalui pendekatan pembelajaran secara langsung dalam talian. Sekaligus memberi akses pembelajaran berkualiti, meningkatkan kefahaman subjek Sejarah dan menggalakkan pembelajaran digital secara interaktif.