mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI MEI 2023

KELAS ICT : MICROSOFT POWERPOINT

Tarikh : 17 Mei 2023
Masa : 2.30 petang – 4.30 petang
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 2 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT para peserta.

2. Meningkatkan kebolehpasaran belia dalam pasaran kerja.

3. Merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti luar bandar dengan komuniti bandar.

4. Memperkasakan peranan PEDi kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik setempat

   
Aktiviti 

Program ini mendedahkan dan memberi bimbingan kelas menaip dan persembahan kepada peserta. Pengajar Kelas ini adalah Puan Fifiana binti Matan selaku Pengurus PEDi Sungai Ragei. Antara modul yang diajar adalah kelas Microsoft Office PowerPoint 2021.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT peserta seterusnya menyediakan mereka peluang untuk mempunyai daya saing dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan PEDi dalam kalangan komuniti setempat setelah fasa pandemic COVID-19.

Gambar Disini


PROGRAM PEMERKASAAN USAHAWANITA 2023 “WANITA PEMANGKIN EKONOMI” KERJASAMA MUKAH YOUTH TRANSFORMATION & INNOVATION CENTRE (MYTIC) DAN PEDi KLUSTER MUKAH DALAT

Tarikh : 20 Mei 2023
Masa : 8.00 pagi -5.00 petang
Lokasi : Dewan Serbaguna Kampung Tellian Tengah, Mukah
Peserta   : 100 orang peserta
Tujuan 

1. Memperkasa usahawan wanita ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.

2. Untuk menggalakkan kemajuan usahawan wanita melalui sektor-sektor utama daerah dengan menyediakan saluran maklumat dana, latihan dan inisiatif-inisiatif sedia ada.

3. Untuk memberi peluang kepada usahawan wanita bagi membincangkan isu-isu dan cabaran yang dihadapi dalam menggalakkan keusahawanan dan pembangunan di bahagian Mukah.

4. Meningkatkan kemahiran usahawan melalui demostrasi bidang makanan, kraftangan dan kecantikan.

5. Memberi pendedahan berkenaan kebaikan dan keburukan penggunaan internet dalam kehidupan seharian.

6. Memartabatkan PEDi sebagai pusat yang interaktif  dan penuh dengan informasi terkini yang dapat membina  empayar  sosio ekonomi yang hebat.

   
Aktiviti 

Program ini melibatkan usahawanita tempatan di sekitar Daerah Mukah, Balingian, Oya & Dalat bagi Kluster Mukah Dalat. Pelbagai taklimat yang dianjurkan pihak PEDi Kluster Mukah & Dalat serta Mystic kerjasama bersama agensi sekitar Mukah iaitu Taklimat Pengenalan Platform Pemasaran Dalam Talian Oleh Rakan Digital, Taklimat Pendaftaran Lesen Perniagaan Sarawak Oleh Pejabat Daerah Mukah, Taklimat Pendaftaran Lesen Perniagaan MDDM Oleh Majlis Daerah Dalat & Mukah. Selain itu, Pameran Agensi Jemputan pun ada. Sebelah petang pula aktiviti Demonstrasi 4 Dalam 1: Kek Marble Moden – Aisyah Nasri Kitchen, Solekan -Ladies Beauty Spa, Kuih Traditional – Jabatan Kemajuan Masyarakat Kemas & Kraftangan (Anyaman) – Jabatan Kemajuan Masyarakat Kemas. Antara aktiviti sampingan pula ialah Ceramah Klik Dengan Bijak “Keselamatan Perbankan Dalam Talian “Oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Taklimat Oleh PDRM Bahagian Mukah & Sharing Session oleh Peserta.

 

Kebaikan program tersebut ialah :

  • Pendedahan untuk memperkasakan usahawan kecil ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.

  • Pendedahan tentang bantuan-bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada usahawan mikro.

  • Pendedahan tentang pendaftaran Lesen Perniagaan Sarawak dan Pendaftaran Lesen Perniagaan MDDM Majlis Daerah Dalat & Mukah.

  • Memberi kesedaran mengenai risiko ketika melayari internet dan penipuan kewangan atas talian.

  • Mengeratkan hubungan kerjasama antara PEDi dengan agensi atau organisasi luar.

  • Memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan PEDi kepada komuniti

Gambar Disini