mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI FEBRUARI 2022

BENGKEL GURU DAN PENOLONG GURU BAHAGIAN MUKAH ANJURAN JABATAN PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL (JPIN) BAHAGIAN MUKAH DENGAN KERJASAMA TADIKA PERPADUAN BAHAGIAN MUKAH DAN PEDI SUNGAI RAGEI

Tarikh : 8 Februari 2022
Masa 2 petang sehingga 4.00 petang
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 9 orang peserta
Tujuan 

1. Memberikan pendedahan asas ICT dan Digital kepada guru dan penolong guru Tadika Perpaduan.

2. Mempelajari asas penggunaan Adobe Photoshop.

3. Membentuk kerjasama antara PEDi dengan agensi kerajaan di Bahagian Mukah.

   
Aktiviti 

Bengkel ini dimulakan dengan Pengenalan Adobe Photoshop CS6 oleh Puan Agatha Wisterina Stephen, Penolong Pengurus PEDi Sungai Ragei. Selepas itu, Hands-on Asas Latihan Membuat Banner Pendaftaran Murid Menggunakan Adobe Photoshop CS6 yang dikendalikan oleh Encik Mohd Farkhan Bin Terkey, Penolong Pengurus PEDi Balingian dan dibantu oleh Puan Agatha dan Encik Marcos. Taklimat Ringkas KDB Advokasi – Truth Campaign oleh Encik Marcos Jalak, Pengurus PEDi Sungai Ragei & pendafaran ahli baharu serta Penyampaian Cenderamata.

Kebaikan bengkel tersebut ialah :

  • Menjalin kerjasama strategik dengan agensi luar setempat untuk menggunakan perkhidmatan PEDi.

  • Menyelaraskan peranan dan dan tanggungjawab bersama dalam membuat program-program berteraskan ICT.

  • Menambahkan ilmu pengetahuan guru-guru tadika dalam penggunaan ICT.

  • Mempromosikan perkhidmatan PEDi kepada komuniti dengan mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan.

Gambar Disini


PROGRAM LATIHAN ICT DAN DIGITAL 2022(MICROSOFT OFFICE – WORD & POWER POINT)

Tarikh : 7 Februari 2022 – 28 Februari 2022
Masa : 11.00 pagi sehingga 1 tengah hari
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 2 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT peserta seterusnya menyediakan mereka peluang untuk mempunyai daya saing dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar.

2. Membantu peserta meningkatkan kemahiran asas mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan seharian dan dalam pekerjaan.

3. Meningkatkan penggunaan PEDi dalam kalangan komuniti setempat.

   
Aktiviti 

Encik Marcos mengajar Puan Punai merupakan Tuai Rumah Panjang yang beralamat di Hulu Penipah.  Beliau bersama anak buahnya, Puan Olivia mendaftar di PEDi pada 07hb Februari yang lalu untuk mengikuti program Latihan ICT dan Digital. Biarpun usia Tuai Rumah Punai sudah menjangkau 50 tahun, beliau tetap gigih berusaha menambah ilmu pengetahuan dalam bidang ICT.  Beliau memberitahu tugas dan peranan ketua masyarakat pada zaman ini telah berubah dan penting bagi mereka untuk menguasai ICT kerana kebanyakan urusan di pejabat kerajaan memerlukan mereka untuk mahir menggunakan komputer. Modul yang diajar oleh En. Marcos adalah Microsoft Word & Microsoft Powerpoint.

Kebaikan kelas tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT peserta seterusnya menyediakan mereka peluang untuk mempunyai daya saing dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan PEDi dalam kalangan komuniti setempat.

Gambar Disini


MESYUARAT KHAS KLUSTER MUKAH BIL.2/2022 BERSAMA PENGURUS WILAYAH DAN MCMC BINTULU

Tarikh 11 Februari 2022
Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi
Lokasi : PEDi Sungai Ragei (Google Meet)
Peserta   : 14 orang petugas PEDi Kluster Mukah dan Dalat
Tujuan 

1. Menyelaras tugas-tugas kumpulan dalam kluster.

2. Membentangkan visi dan misi setiap unit dalam kluster.

3. Mendengar amanat daripada pihak MCMC dan Pengurus Wilayah.

4. Membincangkan perancangan aktiviti sepanjang tahun 2022.

   
Aktiviti 

Mesyuarat ini dilakukan untuk makluman pelan perancangan Kluster Mukah dan Dalat mengikut tugas dikategorikan 4 kumpulan. 

Agenda Mesyuarat:
1. Ucapan Alu-aluan Ketua Kluster
2.0 Pembentangan Visi, Misi & Pelan Tindakan
2.1 Pembentangan Team A (Content Management & SOCMED)
2.2 Pembentangan Team B (Awareness & Promotion)
2.3 Pembentangan Team C (Entrepreneurship & Digital Economy)
2.4 Pembentangan Team D (Logistics & Technical Support)
3. Amanat MCMC Bintulu
4. Amanat Pengurus Wilayah
5. Isu-isu Berbangkit / Hal-hal lain

Kebaikan mesyuarat tersebut ialah :

  • Mewujudkan kerjasama antara PEDi dalam Kluster Mukah bagi menaikkan nama PEDi dan Kluster.
  • Membincangkan perancangan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan PEDi dan menggalakkan penglibatan masyarakat dalam program-program anjuran PEDi.
  • Memperkenalkan PEDi kepada orang luar dan mampu menarik peserta untuk menggunakan kemudahan di PEDi.
  • Memperkasakan usahawan-usahawan mikro tempatan.

Gambar Disini


PROGRAM LATIHAN ICT DAN DIGITAL 2022(MICROSOFT OFFICE – EXCEL & PUBLISHER)

Tarikh : 16 Februari 2022 – 28 Februari 2022
Masa : 11.00 pagi sehingga 1 tengah hari 
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 2 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT para peserta.

2. Meningkatkan kebolehpasaran belia dalam pasaran kerja.

3. Memperkasakan peranan PEDi kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik setempat.

   
Aktiviti 

Program ini dibuka kepada peserta yang ingin belajar berkaitan Literasi ICT & Digital yang merangkumi modul Microsoft Office 2010 iaitu Excel & Publisher yang diajar oleh Puan Agatha Wisterina Stephen selaku Penolong Pengurus PEDi Sg Ragei. Petugas mengajar peserta dengan modul utama permintaan ramai peserta dengan adanya sekali dengan sijil penyertaan. 

Kebaikan kelas tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT peserta seterusnya menyediakan mereka peluang untuk mempunyai daya saing dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan PEDi dalam kalangan komuniti setempat.

Gambar Disini


BIMBINGAN PERKHIDMATAN ONLINE WEBSITE KERAJAAN

Tarikh : 23 Februari 2022
Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi & 2.00 petang – 4.00 petang
Lokasi PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 2 orang peserta
Tujuan 

1. Membantu pengguna meningkatkan kemahiran ICT dan digital.

2. Membimbing pengguna mengisi maklumat dalam portal e-Services LHDN Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

3. Memperkenalkan perkhidmatan PEDi kepada komuniti setempat.

   
Aktiviti 

Mengemaskini maklumat pemohon dalam portal BKM dan mencetak maklumat permohonan yang telah diisi untuk rujukan pemohon.Petugas membantu pengguna menyediakan template untuk pengiraan rekod jualan kelapa sawit milik persendirian bagi tujuan pinjaman bank.

Kebaikan bimbingan tersebut ialah :

  • Membantu dan memudahcara proses permohonan pengguna dalam portal Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

  • Mewujudkan kerjasama erat antara masyarakat dan PEDi.

  • Meningkatkan penggunaan PEDi dalam kalangan komuniti setempat.

Gambar Disini