mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI NOVEMBER 2021

KELAS E-TUISYEN ANJURAN PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDI) DAN DIKELOLAKAN OLEH PEDI RURAL E-TUISYEN TEAM

Tarikh : HUJUNG MINGGU SETIAP BULAN NOVEMBER 2021
Masa : 9.00 pagi sehingga 4.00 petang 
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 3 orang peserta
Tujuan 

1. Membantu golongan yang memerlukan dari segi pendidikan.

2. Meningkatkan ilmu pengetahuan para pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

3. Meningkatkan usaha untuk mewujudkan kelestarian pendidikan ketika menghadapi musibah Covid-19.

4. Meningkatkan perkhidmatan yang boleh ditawarkan oleh PIK bagi membantu komuniti yang terjejas.

   
Aktiviti 

Peserta boleh belajar melalui Zoom Meeting untuk belajar secara online bagi subjek yang diambil mengikut pembayaran yuran E-Tuisyen PEDi di PEDi Sungai Ragei atau di rumah masing-masing.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan imej PEDi sebagai hub perkhidmatan Internet terbaik dalam kalangan komuniti.

  • Menambahkan jumlah ahli PEDi setiap bulan dan meningkat KPI PEDi.

  • Memperkenalkan PEDi kepada orang luar dan mampu menarik peserta untuk menggunakan kemudahan di Pusat Internet Komuniti.

 Gambar Disini


PROGRAM JEJAK DIGITAL-RESPONSIBLE TOURISM AWARENESS ANJURAN SARAWAK TOURISM BOARD (STB)

Tarikh : 19 November 2021
Masa : 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 10 orang peserta usahawan dan peniaga kecil
Tujuan 

1. Menjalin kerjasama strategik dengan agensi yang berkaitan untuk merancang dan membangunkan agenda pendigitalan komuniti.

2. Menyelaraskan peranan dan dan tanggungjawab bersama dalam membuat program-program berteraskan ICT.

3. Mendidik usahawan dan pengusaha IKS tempatan dengan tanggungjawab produk masing-masing ke platform yang betul.

4. Mempromosikan perkhidmatan PEDi kepada komuniti dengan mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan.

   
Aktiviti 

Yang Berbahagia Encik Dennis Ngau, Pengerusi STB merangkap bekas ADUN N.77 Telang Usan melawat secara mengejut di PEDi Sg Ragei bersama rakan sekumpulannya. Taklimat Program Responsible Tourism Awareness oleh Puan Prisca Wong Ren Ai, Visitors’ Information Centre, Sibu & Taklimat Ringkas KDB Advokasi – Truth Campaign oleh Encik Marcos Jalak, Pengurus PEDi Sungai Ragei. Sesi pendaftaran ahli baharu dan penyampaian cenderamata oleh kedua-dua pihak juga ada dilakukan dalam program ini.

Kebaikan program tersebut ialah :

  • Meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengusaha Industri Kecil Sederhana (IKS) dan badan-badan pemain industri pelancongan tentang peranan mereka dalam membangunkan sektor pelancongan tempatan.

  • Mewujudkan sikap tanggungjawab terhadap maklumat-maklumat produk pelancongan yang dikongsikan dalam platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Youtube, Tik tok dan sebagainya.

  • Meningkatkan penggunaan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dalam kalangan komuniti setempat

Gambar Disini


PROGRAM LATIHAN LITERASI ICT & DIGITAL

Tarikh : 22 November 2021 sehingga 31 November 2021
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari & 2.30 petang sehingga 4.30 petang
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 6 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT para peserta.

2. Meningkatkan kebolehpasaran belia dalam pasaran kerja.

3. Memperkasakan peranan Pusat Internet kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik setempat.

   
Aktiviti 

Program ini dibuka kepada peserta yang ingin belajar berkaitan Literasi ICT & Digital yang merangkumi modul Microsoft Office 2010 iaitu Word, Excel, PowerPoint & Publisher. Petugas mengajar peserta dengan modul utama permintaan ramai peserta dengan adanya skali dengan sijil penyertaan. Selain itu, petugas juga memberi taklimat sampingan berkaitan Advokasi KDB & E-waste beserta Check Your Label.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT peserta seterusnya menyediakan mereka peluang untuk mempunyai daya saing dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan Pusat Internet dalam kalangan komuniti setempat.

Gambar Disini