mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI MAC 2021

PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN E-SPORT : PUBG MOBILE

Tarikh : 1 Mac 2021
Masa : 4.00 petang sehingga 5.00 petang
Lokasi : PIK Sungai Ragei, Mukah 
Peserta   : 8 orang peserta
Tujuan 

1. Menggalakan aktiviti sosial dan kemasyarakatan dalam kalangan ahli PiK.

2. Mengangkat hobi zaman gajet dan membentuk silaturahim dalam kalangan peserta.

3. Mengisi masa lapang para pelajar sekolah dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah di samping menambah pengetahuan di luar akademik.

   
Aktiviti 

Peserta boleh menghadiri Pertandingan ini di mana sahaja mereka berada tanpa menggunakan Cheats. Petugas memberikan galakkan kepada peserta untuk memanfaatkan Dashboard Komuniti (DK) dengan memuatnaik aktiviti tersebut dalam DK masing-masing. Petugas menyampaikan ceramah ringkas tentang Advokasi Klik dengan Bijak dalam penggunaan internet di dalam kehidupan seharian.

Kebaikan daripada aktiviti tersebut ialah :

  • Membantu komuniti meningkatkan kemahiran sosial dan komunikasi.

  • Membina keyakinan diri para peserta mengenai bakat dan kebolehan mereka.

  • Mewujudkan suasana pembelajaran dalam kalangan belia dengan menggunakan internet dan gajet untuk aktiviti yang berfaedah.

Gambar Disini


LAWATAN JABATAN PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL BAHAGIAN MUKAH

Tarikh : 18 Mac 2021
Masa : 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari
Lokasi : PIK Sungai Ragei, Mukah 
Peserta   : 3 orang pelawat
Tujuan 

1. Merancang penganjuran program bersama antara agensi.

2. Mewujudkan kerjasama strategik dengan agensi-agensi kerajaan.

3. Mempromosikan perkhidmatan PiK kepada komuniti dengan mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan.

   
Aktiviti 

Taklimat ringkas mengenai peranan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional dan disampaikan oleh Encik Johannes Miles, Penolong Pengawai Perpaduan Bahagian Mukah. Selain itu, taklimat ringkas mengenai peranan dan perkembangan semasa PIK oleh Encik Marcos Jalak, Pengurus PIK Sungai Ragei.

Kebaikan daripada lawatan tersebut ialah :

  • Membantu meningkatkan rakan strategik bagi memudahkan penganjuran program bersama komuniti.

  • Membincangkan perkara-perkara yang dapat dibuat secara bersama dan kelebihan kepada agensi masing-masing.

  • Mengeratkan kerjasama dengan agensi kerajaan untuk mencapai objektif mentransfomasikan komuniti luar bandar.

Gambar Disini


KELAS BIMBINGAN RESUME & COVER LETTER

Tarikh : 19 Mac 2021
Masa : 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari
Lokasi : PIK Sungai Ragei, Mukah 
Peserta   : 2 orang peserta
Tujuan 

1. Membantu para belia meningkatkan kemahiran komputer dan ICT.

2. Membimbing pelajar menghasilkan resume yang baik dan komprehensif.

3. Memperkenalkan perkhidmatan Pusat Internet Komuniti kepada komuniti.

   
Aktiviti 

Peserta membuat resume dan cover letter dengan menggunakan template resume yang sesuai. Petugas membantu peserta mengisi maklumat dalam portal Sarawak e-recruitment dan Job Malaysia. Petugas mengimbas sijil-sijil akademik dan sijil-sijil kokurikulum para peserta serta memuatnaik dokumen setelah habis mengimbas dokumen tersebut seperti gambar passport untuk profil dan sijil-sijil yang berkaitan.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran ICT para peserta.

  • Mewujudkan kerjasama erat Pusat Internet dengan pihak komuniti.

  • Meningkatkan kebolehpasaran para peserta.

Gambar Disini


PENYERTAAN PERTANDINGAN E-SUKAN : MOBILE LEGEND PIALA YB SENATOR JAZIRI ALKAF

Tarikh : 20 Mac 2021
Masa : 9.30 pagi sehingga 7.00 petang
Lokasi : PIK Sungai Ragei, Mukah 
Peserta   : 6 orang peserta
Tujuan 

1. Mencungkil bakat peserta yang berkemahiran dalam bidang e-Sukan pada zaman Teknologi Maklumat ini.

2. Menggalakkan para peserta terutamanya pelajar sekolah untuk mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.

3. Menghargai sumbangan ahli PiK dalam membantu para belia untuk mendapat penghargaan dengan mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Persatuan Armada Sarawak.

   
Aktiviti 

Penyertaan peserta seluruh rakyat Sarawak yang dikategorikan belia untuk pertandingan e-Sport ini. Taklimat juga dilaksanakan melalui zoom meeting daripada penganjur. Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan dilakukan secara penghantaran melalui bank- in online. Taklimat mengenai program-program PiK dalam tahun ini. Taklimat ringkas Pengenalan Dashboard Komuniti kepada VIP dan para ahli PiK yang terlibat. 

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Mengalakkan ahli PiK dan komuniti untuk menggunakan perkhidmatan di PiK seterusnya sebagai pusat transformasi kecemerlangan.

  • Membina jalinan erat antara PiK dan komuniti setempat.

  • Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat kepada komuniti setempat.

Gambar Disini


 KELAS BIMBINGAN ICT-INSTALL SOFTWARE & PENGGUNAAN EMEL

Tarikh : 27 Mac 2021
Masa : 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari
Lokasi : PIK Sungai Ragei, Mukah 
Peserta   : 3 orang peserta
Tujuan 

1. Membimbing peserta menggunakan peranti pada laptop dan komputer.

2. Mengajar cara-cara penggunaan emel.

3. Memberikan galakkan kepada peserta menggunakan ICT sebagai medium komunikasi di alaf baharu.

   
Aktiviti 

Petugas mengajar cara-cara install Software Microsoft Office, cara-cara memuatnaik gambar produk dalam media sosial dan konsep Copy & Paste. Selain itu, petugas iaitu En Marcos mengajar cara-cara menghantar emel yang betul dan berkesan kepada peserta.

Kebaikan daripada aktiviti tersebut ialah :

  • Membantu usahawanita meningkatkan kemahiran ICT melalui kaedah komunikasi yang mudah dan berkesan.

  • Membantu usahawan untuk mempromosikan produk jualan dengan lebih mudah melalui web dan media sosial.

Gambar Disini