KELAS PENGAJIAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR) SECARA ATAS TALIAN (APLIKASI ZOOM)
Tarikh | : 3-4 Februari 2021 |
Masa | : 9.00 pagi sehingga 4.30 petang |
Lokasi | : PIK Sungai Ragei, Mukah |
Peserta | : 20 orang pelajar PPKS & 1 orang pendidik |
Tujuan | |
1. Menyediakan maklumat dan nota kepada pelajar-pelajar secara atas talian ketika PKPB. 2. Memberikan panduan kepada pelajar mengenai modul-modul pembelajaran. 3. Memperkenalkan kemudahan Internet dan perkhidmatan-perkhidmatan lain di PIK kepada komuniti. |
|
Aktiviti | |
Sesi kelas selama 2 hari ini dikendalikan oleh pengajar Encik Azizi Mahsain, Pengajar Jurusan Elektrik Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Mukah. Encik Ajiji menggunakan laptopnya sendiri yang telah dipasang aplikasi Zoom. Beliau menggunakan kemudahan Internet di sini untuk membantu beliau mendapatkan maklumat berkenaan topik-topik yang diajar. Kebaikan daripada kelas online tersebut ialah :
|
|
ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (KDB) – MAKLUMAT PALSU DI MEDIA SOSIAL
Tarikh | : 20 Februari 2021 |
Masa | : 3.00 petang sehingga 4.00 petang |
Lokasi | : PIK Sungai Ragei, Mukah |
Peserta | : 5 orang peserta |
Tujuan | |
1. Mendidik pelajar sekolah rendah dan menengah mengenai penggunaan Internet yang betul dan berfaedah. 2. Menggalakkan pelajar sekolah menyampaikan maklumat kepada kenalan rapat, kawan-kawan sebaya dan ibu bapa dengan jujur. 3. Memberikan tips-tips pencegahan daripada terlibat dengan maklumat palsu di media sosial. |
|
Aktiviti | |
Petugas menyampaikan ceramah ringkas yang bertajuk ” Maklumat Palsu di Media Sosial” dan mengadakan tayangan video mengenai maklumat palsu. Para peserta menilai perbandingan maklumat dan berita yang tidak tentu kesahihannya dalam media sosial yang sering disebarkan secara membuta tuli. Selepas selesai sesi ceramah, para peserta mengikuti sesi interaktif iaitu permainan ‘Telefon Buruk’. Permainan ini dimainkan dengan membisikkan teks maklumat daripada peserta paling hadapan. Peserta terakhir akan membentangkan apa maklumat terkahir yang dia perolehi. Para peserta boleh membandingkan maklumat asal dan maklumat akhir yang diperolehi. Kebaikan daripada aktiviti tersebut ialah :
|
|
KELAS BIMBINGAN PENIAGA KECIL & KELAS GOOGLE MAPS
Tarikh | : 25 Februari 2021 |
Masa | : 10.00 pagi sehingga 12 tengah hari & 2.00 petang sehingga 4.00 petang |
Lokasi | : PIK Sungai Ragei, Mukah |
Peserta | : 4 orang peserta |
Tujuan | |
1. Membimbing peniaga mengisi borang pendaftaran perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT). 2. Menggalakkan peniaga & usahawan untuk menggunakan kemudahan Internet untuk mengakses maklumat berkenaan trend perniagaan. 3. Membimbing pelajar menggunakan teknologi Google sebagai sumber maklumat dan memudahkan rutin harian. 4. Memberikan input tentang kepentingan peta dalam pembelajaran Geografi di sekolah mahupun untuk kegunaan harian. |
|
Aktiviti | |
Petugas, Encik Marcos menyampaikan cara-cara atau demo penggunaan Google Maps iaitu menentukan kedudukan latitude dan longtitude sesuatu kawasan. Peserta mengumpul maklumat mengenai tatacara proses mendaftar perniagaan di Pejabat Daerah Mukah dalam Internet. Peserta juga melakukan kajian kendiri melalui maklumat tambahan dalam Internet mengenai cara memulakan perniagaan runcit dan borong selain mencari maklumat kedudukan sesebuah gerai makanan atau tempat tertentu yang dicari melalui Google Maps. Kebaikan daripada aktiviti tersebut ialah :
|
|