CELIK IT : CIK ENGAN ANAK DUNSTAN
Nama | : Cik Engan Anak Dunstan |
Umur | : 18 tahun |
Ahli | : 2020 |
Latar belakang
Cik Engan merupakan lepasan sekolah di SMK Mukah pada tahun 2019. Sementara menunggu keputusan SPM dikeluarkan, beliau ingin meningkatkan kemahiran ICT. Oleh itu, beliau dan keluarganya telah datang ke Pusat Internet pada bulan Februari 2020 untuk mendaftar sebagai ahli dan mendaftar untuk menghadiri kelas ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Cik Engan memiliki kemahiran yang baik dalam penggunaan komputer. Namun demikian, beliau belum menguasai sepenuhnya seperti dalam aspek penggunaan Microsoft Office dan emel.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah mengikuti bengkel ICT yang dinamakan Bengkel Selangkah Ke Alam Pekerjaan, kemahiran beliau menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Power point dan Microsoft Publisher semakin baik. Begitu juga dengan penggunaan emel di mana dengan membuat pendaftaran emel peribadi, ianya telah memudahkan beliau untuk berurusan dalam permohonan pekerjaan. Selain itu, beliau juga turut dibimbing dalam kemahiran menggunakan Adobe Photoshop, iaitu sebuah perisian komputer untuk membuat suntingan imej.
Pihak petugas telah menyediakan jadual yang tersusun dan mengikut keperluan Cik Engan. Petugas mengutamakan topik-topik yang berkait secara langsung dengan keperluan di tempat kerja. Contohnya, penguasaan dalam kemahiran menggunakan Microsoft Office. Selain itu, petugas juga menyediakan latihan secukupnya seperti latihan pengukuhan dan ujian ringkas mengenai satu-satu modul bagi menilai kefahaman peserta dan memberikan perkhidmatan bimbingan percuma selepas tamat pembelajaran. Beliau boleh datang ke Pusat Internet pada bila-bila masa sekiranya ada pertanyaan mengenai pembelajaran sebelum ini yang masih kurang jelas.
Cik Engan ketika mendaftar menjadi ahli dan mengikuti Bengkel Selangkah ke Alam Pekerjaan. Dalam bengkel ini, Cik Engan mengikuti kelas Microsoft Word, Excel, Power Point dan Publisher. Kelas ini dibimbing oleh Encik Marcos Jalak, Pengurus Pusat Internet sambil dibantu oleh Puan Agatha, Penolong Pengurus Pusat Internet.