mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI NOVEMBER 2020

PEMASARAN DIGITAL – SHOPEE (ASAS) ANJURAN BERSAMA PUSAT INTERNET KOMUNITI (PIK) DAN PUSAT INTERNET DESA (PID)

Tarikh : 11 November 2020
Masa 9.00 pagi – 12.00 tengah hari & 2.00 petang – 4.00 petang
Lokasi Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Ragei
Peserta   : 3 orang peserta 
Tujuan 

1. Menggalakkan usahawan menggunakan platform secara atas talian (online) untuk membuat jualan produk.

2. Menyediakan peluang kepada peserta untuk meluaskan pasaran produk melalui program pemasaran Shopee.

3. Mewujudkan kerjasama dengan Pusat Internet sebagai pusat transformasi komuniti.

   
Aktiviti 

Pusat Internet mengadakan kelas Shopee untuk usahawan baharu dengan kerjasama bersama Pusat Internet Desa (PID). En. Abdul Rahman selaku pengurus PID membimbing para peserta membuka akaun Shopee dan menggunakan medium online Seller selain sebagai Buyer dalam applikasi Shopee. Selain itu, pengajar juga merancang jualan produk para peserta berdasarkan strategi yang disarankan oleh Shopee. Petugas PIK pula mengedarkan brosur KDB Advokasi selepas tamat kelas dan membimbing cara melaporkan aktiviti keusahawanan dalam portal dan platform media sosial rasmi PIK.

Kebaikan program ini ialah :

  • Para peserta dapat mewujudkan platform baharu dalam pemasaran produk khasnya dalam bidang digital.

  • Produk jualan peserta dapat dikenali dengan lebih mudah dan luas.

  • Meningkatkan jualan dan menambahkan pendapatan tambahan kepada peserta ketika menghadapi pandemik COVID-19.

  • Mewujudkan kerjasama PI dan mengukuhkan PI sebagai pusat keusahawanan penduduk setempat.

Gambar Disini


MESYUARAT KLUSTER MUKAH BIL.8/2020

Tarikh : 12 November 2020
Masa : 9.30 pagi – 11.30 tengah hari
Lokasi : Pusat Internet Kpg Medong Hilir, Dalat
Peserta   : 8 orang petugas PI 
Tujuan 

1. Membincangkan pelan pelaksanaan Menarik di Mukah & Dalat.

2. Membincangkan perkara-perkara berbangkit daripada minit lepas.

3. Menyelaras aktiviti penggambaran video dan tugas-tugas ahli kluster.

   
Aktiviti 

Mesyuarat ini memberi perkembangan halaman Facebook Menarik di Mukah dan Dalat oleh Cik Vicky Victoria, Pengurus Pi Balingian. Beliau juga membentangkan pencapaian KPI Kluster dan laporan daripada setiap unit dan membincangkan hal-hal lain yang berkaitan terutama laporan Kewangan daripada Bendahari. Mesyuarat ini juga menyelaras tugas penggambaran video bulanandan menyelaras aktiviti promosi baju Menarik Di Mukah dan Dalat.

Kebaikan mesyuarat tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran komunikasi para petugas dalam mengendalikan program dan aktiviti yang berkaitan dengan projek Menarik di Mukah dan Dalat.

  • Mewujudkan kerjasama erat dalam kalangan petugas daripada Pusat-pusat Internet dalam kluster masing-masing.

  • Meningkatkan produktiviti Pusat Internet sebagai agen transformasi komuniti setempat.

Gambar Disini


COMMUNITY OUTREACH ACTIVITY (COA)

Tarikh : 15 November 2020
Masa : 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi
Lokasi : Rumah Encik Wilson Frederick, Kampung Petanak, Mukah
Peserta   : 1 orang peserta 
Tujuan 

1. Membantu usahawan OKU mencari pekerja sambilan atau pembantu.

2. Membuat iklan kerja kosong dan mencari calon pekerja yang sesuai.

3. Membantu menyelaras rekod-rekod akaun dan aliran tunai.

   
Aktiviti 

Petugas Pi membuat iklan menggunakan aplikasi grafik untuk menarik perhatian pencari kerja. Lawatan petugas untuk menawarkan bantuan dari segi pemurnian rekod-rekod dokumentasi perniagaan OKU. Selain itu, Encik Marcos membantu peserta menyelaras skop kerja pekerja sambilan yang akan diambil dan memberi khidmat nasihat dari segi aspek pengurusan.

Kebaikan bimbingan tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran peserta OKU dalam perniagaan.

  • Mewujudkan kerjasama erat dengan komuniti setempat melalui lawatan bulanan PIK.

  • Membantu OKU mempromosikan premis perniagaan membaiki barangan elektrik dan elektronik.

  • Menjadikan Pusat Internet sebagai agen transformasi komuniti setempat.

Gambar Disini


PROGRAM RANDAU SOLIDARITI KOMUNITI  DAERAH KECIL BALINGIAN SIRI 1

Tarikh : 21 November 2020
Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang
Lokasi : Dewan Masyarakat Balingian
Peserta   : 4 orang petugas Pusat Internet dan 1 orang petugas Pusat Internet        Desa 
Tujuan 

1. Pendekatan komuniti kepada  jabatan-jabatan kerajaan.

2. Mengeratkan kerjasama dengan agensi kerajaan untuk mencapai objektif mentransfomasikan komuniti luar bandar.

   
Aktiviti 

Program kali ini berkonsepkan lebih kepada hari bersama pelanggan  dimana pendekatan komuniti kepada  jabatan-jabatan kerajaan . Di sini juga komuniti boleh mengajukan soalan terus kepada jabatan yang ikut mengadakan pameran dan memberi ceramah. Program ini adalah anjuran Majlis Perbangunan Sosial (MPS),Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak (KWKPK) dengan kerjasama Pejabat Residen Mukah , Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Pejabat Daerah Kecil Balingian.

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan iaitu :

  1. Ikrar Rukun Negara
  2. Senamrobik
  3. Pameran daripada jabatan Kerajan seperti :
    1. Land & Survey Mukah
    2. Jabatan Bekalan Air Luar Bandar
    3. Bomba
    4. Kebajikan Masyarakat
    5. Pusat internet Komuniti
    6. Agensi Anti Dadah Kebangsaan
    7. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
    8. Jabatan Pendaftaran Negara
    9. Sarawak Energy
  4. Sesi Dialog Bersama Jabatan Terlibat
  5. Pertandingan Futsal
  6. Cabutan Bertuah

Kebaikan daripada program tersebut ialah :

  • Membantu Pusat Internet dalam menyebarkan advokasi Klik Dengan Bijak dan program-program ICT yang diadakan secara kerjasama antara Pusat Internet dan Pusat Internet Desa.

  • Mengeratkan kerjasama dengan agensi kerajaan untuk mencapai objektif mentransfomasikan komuniti luar bandar.

Gambar Disini


KELAS BIMBINGAN ICT

Tarikh : 23 November 2020 – 30 November 2020
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Ragei
Peserta   : 3 orang peserta 
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT peserta.

2. Mewujudkan aktiviti berfaedah kepada para pelajar sekolah ketika cuti atau tempoh belajar dari rumah.

3. Memperkasakan peranan Pusat Internet kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT.

   
Aktiviti 

Petugas membimbing asas komputer kepada para peserta dan memperkenalkan modul-modul dalam Microsoft Office 2010 kepada para peserta iaitu Word, Excel, Powerpoint & Publisher mengikut modul-modul yang bersesuaian dengan peringkat umur. Selain itu, petugas membimbing peserta mengenali komputer dan internet.  Seterusnya, peserta dibimbing menaip dengan pantas. Antara aktiviti yang dilakukan sebelum mengadakan kelas ICT iaitu peserta perlu mendaftar ahli baharu dan memuatturun Aplikasi Dashboard Komuniti (DK). Selain itu, petugas memberikan satu taklimat ringkas mengenai Dashboard Komuniti (DK) sekaligus Taklimat KDB Advokasi.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT para peserta seterusnya menyediakan mereka peluang untuk mempunyai daya saing dengan orang lain.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan Pusat Internet dalam kalangan komuniti setempat.

Gambar Disini