mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JUN 2020

PERSEDIAAN TEMPAT DAN KELENGKAPAN PPE SEMPENA PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET

Tarikh : 3 – 7 Jun 2020
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Lokasi Pusat Internet Kg Sg Ragei
Tujuan 

1. Mempraktikkan norma baharu di tempat kerja berikutan pandemik Novel Coronavirus-19.

2. Menyediakan peralatan perlindungan kendiri (PPE) seperti pencuci disinfeksi, tape penjarakkan sosial, penutup mulut dan hidung, pencuci tangan.

3. Mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh MCMC.

   
Aktiviti 

Petugas menyediakan pencuci tangan, penutup muka dan mulut, pengimbas thermometer suhu badan, pencuci lantai dan peralatan.Petugas juga telah memasang tape penjarakkan sosial (sekurang-kurangnya 1 meter) sambil membersihkan kawasan Pusat Internet seperti longkang, dinding, habuk cermin.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Mengelakkan jangkitan penyakit khasnya COVID19 sekaligus dapat memutuskan rantaiannya.

  • Mewujudkan suasana yang bersih dan terkawal.

  • Memastikan persekitaran PI bebas virus COVID19.

Gambar Disini


KEMPEN MOBILE E-WASTE : SAYANGI PLANET KITA

Tarikh : 7 Jun 2020
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Lokasi Pusat Internet Kg Sg Ragei
Pelawat   : 3 orang peserta 
Tujuan 

1. Mempromosikan kempen Mobile e-Waste kepada komuniti setempat.

2. Memulihara alam semulajadi daripada sisa peranti mudah alih.

3. Menggalakkan masyarakat mengitar semula.

4. Mencegah pencemaran di kawasan sekitar.

5. Memperkenalkan perkhidmatan Pusat Internet kepada komuniti.

   
Aktiviti 

Peserta mendaftar nama sebagai penyumbang untuk menyertai kempen dan petugas memberikan penerangan mengenai objektif dan kepentingan kempen ini kepada para penyumbang. Selain itu, petugas juga memberi sedikit cenderahati kepada peserta.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Mengurangkan permintaan terhadap hasil perlombongan baru.

  • Mengelakkan bahan toksik terkumpul di penempatan komuniti.

  • Mewujudkan kerjasama erat Pusat Internet dengan pihak komuniti.

Gambar Disini