mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2019

KELAS ICT DISEMBER 2019 – MICROSOFT OFFICE 2010 (WORD, EXCEL, POWERPOINT & PUBLISHER) & ADOBE PHOTOSHOP (KUMPULAN 1)

Tarikh : 1 Disember 2019 – 15 Disember 2019
Masa 9.00 pagi – 12.00 tengah hari & 2.30 petang – 5 petang
Lokasi Bilik Latihan Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta   : 10 orang peserta 
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT peserta khasnya para lepasan sekolah.

2. Meningkatkan kebolehpasaran belia dan peluang lebih baik dalam bidang keusahawanan.

3. Mengisi masa lapang pelajar-pelajar sempena cuti sekolah dengan perkara yang berfaedah.

Aktiviti 

Petugas membimbing asas komputer kepada para peserta dan memperkenalkan modul-modul dalam Microsoft Office 2010 kepada para peserta iaitu Word, Excel, Powerpoint & Publisher. Untuk pembelajaran tambahan adalah membuat resume dan cover letter serta E-Career dalam laman web yang berkaitan pekerjaan. Selain itu, bagi sesetengah pelajar yang ingin mempelajari cara untuk mengedit gambar yang menggunakan software Adobe Photoshop CS6. 

Kebaikan kelas tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT para peserta seterusnya menyediakan mereka peluang untuk mempunyai daya saing dengan orang lain.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputar dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan Pusat Internet dalam kalangan komuniti setempat.

Gambar Disini

MESYUARAT KLUSTER MUKAH BIL.12/2019

Tarikh : 6 Disember 2019
Masa : 9.30 pagi – 11.30 pagi
Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Kg Sg Ragei 
Peserta   : 7 orang petugas Pusat Internet Zon Mukah & Dalat 
Tujuan 

1. Membentangkan laporan setiap unit sepanjang bulan November 2019.

2. Membincangkan perkembangan semasa projek dan pelan perancangan kluster 2020.

3. Meningkatkan kualiti kerja berkumpulan dan kandungan menarik halaman Facebook Menarik di Mukah dan Dalat.

4. Membincangkan hal-hal berbangkit dan hal-hal lain.

Aktiviti 

Mesyuarat ini memberi perkembangan halaman Facebook Menarik di Mukah dan Dalat oleh Cik Vicky Victoria, Pengurus Pi Balingian. Beliau juga membentangkan laporan daripada setiap unit dan membincangkan hal-hal lain yang berkaitan. Mesyuarat ini juga membincangkan sekiaranya ada jemputan aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Disember 2019 diadakan.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan petugas menjalankan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

  • Menggalakkan idea-idea bernas daripada para pertugas untuk menghasilkan kandungan info dan video yang menarik.

  • Membantu produk dan usahawan IKS setempat berkembang menjadi lebih terkenal dengan promosi melalui media sosial.

Gambar Disini

KELAS ICT DISEMBER 2019 – MICROSOFT OFFICE 2010 (WORD, EXCEL, POWERPOINT & PUBLISHER) & E-CAREER (KUMPULAN 2)

Tarikh : 15 Disember 2019 – 30 Disember 2019
Masa 9.00 pagi – 12.00 tengah hari & 2.30 petang – 5 petang
Lokasi Bilik Latihan Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta   : 13 orang peserta 
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT peserta khasnya para lepasan sekolah.

2. Meningkatkan kebolehpasaran belia dan peluang lebih baik dalam bidang keusahawanan.

3. Mengisi masa lapang pelajar-pelajar sempena cuti sekolah dengan perkara yang berfaedah.

Aktiviti 

Petugas membimbing asas komputer kepada para peserta dan memperkenalkan modul-modul dalam Microsoft Office 2010 kepada para peserta iaitu Word, Excel, Powerpoint & Publisher. Untuk pembelajaran tambahan adalah membuat resume dan cover letter serta E-Career dalam laman web yang berkaitan pekerjaan.