Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) Kampung Sungai Ragei Mukah, mula diwujudkan pada penghujung tahun 2013 di bawah projek Fasa IV dan merupakan Pi1M yang ketiga berada di kawasan daerah Mukah selepas Pi1M Kampung Jebungan dan Pi1M Kampung Judan. Pi1M ini disewa di bangunan kedai Lot 4, Phase 1, Mukah Light Industrial Estate, 96400 Mukah yang dimiliki oleh syarikat Lamy Industries Sdn. Bhd., dan terletak kira-kira 3km dari pekan Mukah. Pi1M ini menggunakan teknologi VSAT dan akses internet boleh dicapai dalam kelajuan 4Mgbps.
Kemudahan Wifi Kampung Tanpa Wayar (KTW) di 2 buah subnodes (stand-alone) juga diwujudkan bagi kemudahan penduduk kampung sekitar mengakses internet. 2 buah KTW tersebut terletak di Surau Kampung Sungai Ragei dan di Balai Raya Kampung Tellian Ulu. Kelajuan capaian internet yang boleh diakses melalui Wifi ini ialah sehingga 2Mbps. Sekarang KTW sepenuhnya telah ditamatkan kontrak.
Selain kemudahan mengakses internet, Pi1M juga ada menyediakan perkhidmatan tambahan seperti pencetakan, mengimbas dokumen, binding di samping latihan ICT percuma kepada ahli Pi1M. Prinsip pelaksanaan Pi1M juga turut meliputi aspek keusahawanan dan ekonomi di mana petugas Pi1M boleh menjalankan perniagaan IT dan membantu usahawan tempatan mengembangkan perniagaan mereka melalui perkhidmatan yang disediakan di Pi1M.